Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaafar menegaskan rakyat telah lama menderita sejak kenaikan harga minyak sebelum ini.
"Oleh itu, saya mencadangkan kerajaan menurunkan harga minyak sekurang-kurangnya RM0.30 yakni lebih besar daripada kadar sebelum ini," katanya kepada Harakahdaily.
Pada masa yang sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Tumpat menjelaskan bahawa hujah kepada cadangan tersebut adalah disebabkan kegagalan kerajaan memahami penderitaan dan nasib rakyat.
"Pergolakan ekonomi semasa tidak dapat diselesaikan dengan harga minyak pada paras yang sedia ada.
"Bahkan kita akan menghadapi mala petaka ekonomi yang teruk dan kemungkinan ianya boleh dipulihkan dalam tempoh lebih kurang tiga tahun sekiranya tampuk kepimpinan negara bertukar dalam tempoh terdekat,"jelasnya.
Sementara itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli pula menekankan bahawa kerajaan perlu mengembalikan semula kadar harga minyak sebelum kenaikan selepas pilihan raya umum ke-12 lalu.
"Sepatutnya ia mampu dikembalikan kerana penurunan berdikit-dikit sekarang ini tidak memberikan sebarang kesan kepada keadaan semasa," ujarnya.
Tegasnya, kerajaan begitu sukar untuk mengambil tindakan secara efektif yakni cepat dan berkesan dalam menangani masalah tekanan ekonomi ke atas rakyat.
"Kenapa kena ambil masa yang lama sedangkan harga minyak dunia telah berubah?" ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.
Senada dengan cadangan tersebut, Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali menjelaskan perkara tersebut boleh menjadi kenyataan.
"Ini adalah disebabkan harga minyak dunia sekarang ini berada pada paras lebih rendah daripada tahap sebelum kenaikan harga minyak selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu," katanya.
1 comment:
BN/UM-NO memang Tidak Guna.Kenapa semasa naikan harga minyak dulu cepat tetapi hendak turunkan harga terlalu sukar.BN parti keparat !!!! dan semua pemimpinnya 2x5 dengan si Dollah Bedol.Mana Hak Rakyat.Nanti lah anda semua kami akan ajar anda dalam pilihanraya yang akan datang.
Post a Comment