Anwar tiba kira-kira pukul 10.45 pagi tadi dengan ditemani isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Berbanding semalam, ruang mahkamah hari ini penuh sesak dengan kehadiran wakil media dan para penyokong Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Mahkamah mula bersidang pada jam 11.15 pagi. - mStar
Peguambela dedah konspirasi kes mata lebam
Pasukan peguambela yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah dan mendedahkan peranan Abdul Gani Patail dalam menyumbunyikan dan memutar-belitkan fakta tragedi ‘mata hitam’ pada tahun 1998.
Mahkamah bersidang hari ini, selepas penangguhan bagi memutuskan sama ada kes pendakwaan terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi atau tidak.
Ianya dibantah oleh barisan peguam Anwar kerana Perdana Menteri Abdullah Badawi pernah mengatakan bahawa Abdul Gani dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan tidak akan terbabit secara langsung dalam pertuduhan keatas Anwar.
Secara Langsung9.00 pagi: Penyokong Pakatan Rakyat kelihatan telah berada di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, KL. Dianggarkan ratusan penyokong dan wartawan daripada dalam & luar negara sedang menanti kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim. Turut kelihatan pimpinan KeADILan dan Pakatan Rakyat.
9.50 pagi: Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dalam perjalanan ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta daripada Mahkamah Sesyen Petaling Jaya untuk menemui Raja Petra Kamaruddin di sana.
10.50 pagi: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba di perkarangan mahkamah, dikerumuni oleh wartawan dan juga para penyokong yang menanti dari pagi.
11.05 pagi: Perbicaraan kini dimulakan.
No comments:
Post a Comment