
Menurut sumber, Dewan Rakyat belum menerima sebarang usul undi tidak percaya, yang luas diperkatakan ketika sesi sidang Parlimen lalu.
Difahamkan, sehingga semalam Parlimen tidak menerima sebarang usul daripada mana-mana pihak termasuk pembangkang.
“Tak ada apa-apa usul yang cuba dibawa setakat sekarang. Saya fikir ada usul undi tak percaya terhadap Perdana Menteri, mungkin tak timbul lagi sekarang,” kata sumber itu.
Bagaimanapun katanya jika pihak pembangkang ingin membawa usul undi tidak percaya seperti mana yang dihebohkan, mereka boleh berbuat demikian sehari sebelum Parlimen bersidang. - Ahli Parlimen PAS
No comments:
Post a Comment