"Kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan Umno 'mengusir orang-orang Abdullah' dalam pemilihan parti itu Mac depan dilihat seolah-olah seperti pengarah pilihan parti UMNO yang menentukan 'siapa yang perlu berada dalam parti Umno dan siapa yang perlu dikeluarkan' dan ini satu ancaman kepada konsep demokrasi," ujarnya.
Menurut Hazman, Mahathir sepatutnya tidak mencampuri urusan pemerintahan negara dan sepatutnya hanya menjadi pemerhati dan bukannya dilihat cuba menjadi 'mastermind' kepada Dato' Seri Najib Tun Razak yang akan mengambil alih pemerintahan negara ini pada Mac akan datang.
"Sepatutnya biarkanlah Abdullah memegang jawatan Perdana Menteri selama lima bulan ini untuk melakukan reformasi terhadap badan kehakiman, penambaikan terhadap polis, sistem aduan awam dan pelbagai lagi pembaharuan yang tidak dikecapi sepanjang 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri," ujarnya yang juga merupakan Pengerusi Gerakan Mahasiswa Lantang Negara (GMLN), sebuah pertubuhan yang bergabung di bawah GMUKM.
Katanya, Mahathir turut mempunyai hutang kepada mahasiswa berkaitan tindakannya menahan tujuh mahasiswa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) pada 8 Jun 2001.
Sehingga kini, pelajar-pelajar terbabit tidak dibenarkan mengikuti pengajian di universiti masing-masing iaitu Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hal tersebut telah menyebabkan pengajian mereka terbantut, sehingga ada yang terpaksa mencari pekerjaan kerana tidak dapat meneruskan pengajian.
"Mahathir patut rasa malu dan bersalah kerana ingin menjejakkan kaki ke menara gading disebabkan oleh pelanggaran hak asasi mahasiswa selama ini termasuklah penghapusan pemberian biasiswa kepada bumiputera dan juga pencabulan serius terhadap bahasa kebangsaan pada zaman pemerintahannya," tegasnya.
Hazman berkata, GMUKM menyeru kepada seluruh mahasiswa UKM dan juga universiti lain untuk memboikot kehadiran bekas Perdana Menteri keempat ini kerana terdapat banyak lagi tokoh lain yang berautoriti untuk bercakap soal perpaduan dan hala tuju mahasiswa.
"GMUKM turut membantah sikap dan permainan pihak Hal Ehwal Pelajar yang hanya meluluskan kemasukan pemimpin Umno ke dalam kampus sedangkan pemimpin pembangkang dilarang berucap dan sekiranya ada, program tersebut akan dipantau dan ditekan habis-habisan," tambahnya.
2 comments:
Mahathir itu sudah gila.Cubalah buat mc kat hospital, kenapa mulut itu tak pandai nak duduk diam.MAHATHIR you and your ex-crony better go to the hill!!!.
p/s Awas jangan buat nama anak anda dengan nama Mahathir
GMUKM tu sapa nak pertahankan UMNO? belajar baru 3 hari nak sembang
Post a Comment