Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataanya pada Harakahdaily selepas menghadiri jamuan Aidil Fitri anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) simpang Empat Permatang Buluh semalam meyifatkan, kenyataan Abdullah itu sebenarnya tidak relevan ekoran penolakan rakyat terhadap akta zalim itu.
"Rakyat sudah matang dan tahu ISA tidak layak diguna pakai lagi dalam keadaaan negara jauh lebih aman daripada dulu di era komunis. Mana boleh kurung orang tanpa bicara kerana mereka tiada hak untuk membela diri," ujarnya.
Abdullah yang dikenali seorang pemimpin yang menegakkan hak asasi manusia di kalangan negara Islam tidak wajar mempertahankan ISA sebaliknya akur dengan kehendak rakyat dan pembangkang.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang melahirkan kehairanan bagaimana pemimpin yang memperkenalkan Islam Hadhari tidak faham dengan kesalahan memisahkan tahanan ISA dengan keluarga bertahun-tahun.
"Tindakan Abdullah betul-betul pelik dan ajaib kerana beliau tahu hukum dan menyiksa orang itu satu kesalahan kenapa beliau terus berkeras. Barangkali ini adalah tingkah laku kepimpinan dalam Umno," bidasnya.
Kita tahu tambahnya, Umno dan Barisan Nasional (BN) mempergunakan ISA untuk kepentingan politik kerana terlalu ramai rakyat telah muak dengan ketrampilan Umno yang asyik menyelewengan dan salahguna kuasa dalam pemerintahan.
Semua itu jelas Lim, terpaksa dilakukan demi menyelamatkan parti yang hampir musnah.
No comments:
Post a Comment