


(a) status insiden lima tahun terakhir, punca-punca 'outbreak' dan langkah pencegahan yang sedang dilakukan bagi menangani masalah penyakit demam kepialu yang masih endemik di negara ini; dan
(b) jumlah kes dan punca 'outbreak' demam kepialu di Kampung Chuchuh Puteri, Kuala Krai, Julai 2008.
Soalan No. 20 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa banyak wang rakyat yang dihabiskan untuk membanteras tunjuk perasaan yang kononnya hendak diadakan pada 14 Julai 2008 lalu di perkarangan Parlimen.

Soalan No. 24 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa dengan kenaikan harga minyak dan harga barangan, golongan pegawai pencen/pesara adalah golongan yang paling terseksa dan menderita, apakah langkah Kerajaan untuk mengatasi perkara ini.
Lihat Aturan Urusan Mesyuarat di sini.
Selepas sesi soalan Jawab lisan selesai, Perbahasan Usul atau perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 akan dilangsung.
Jika tidak ada apa-apa halangan siaran langsung Dewan Rakyat akan disiarkan mulai jam 10.00 pagi. Siaran langsung ini dibawa khas oleh MP PAS, dengan kerjasama Jabatan IT PAS Pusat. - mppas
No comments:
Post a Comment