22 October 2008

Usul membincangkan perlantikan Ketua Hakim ditolak - Malaysiakini

Dalam sidang media di Lobi Parlimen, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mempersoalkan Speaker Dewan Rakyat menolak usulnya untuk membincangkan cadangan perlantikan Hakim Tan Sri Zaki Azmi sebagai Ketua Hakim Negara.

Menurut Salahuddin, usul tersebut dibawa kerana Zaki terlibat dengan tiga isu besar yang melibatkan rumahtangga beliau dan hilangnya atau pembakaran beberapa dokumen penting, penglibatan langsung beliau yang rakyat menganggap berkepentingan dengan Umno serta tidak mengikut hirarki atau prosedur beliau dalam perlantikan kehakiman.

Katanya, usul ditolak timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuaku Jaafar dibawah peraturan mesyuarat 18 (7) dan 36 (8) yang tidak membenarkan kelakuan atau sifat Hakim dibincangkan dalam Dewan.

Salahuddin juga berkata beliau akan membangkitkan sekali lagi semasa membahaskan Bajet 2009 hari ini.

SEMENTARA ITU, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin telah mempekankan perlantikan Tan Sri Zaki Azmi sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan berkuatkuasa 18 Oktober lalu.

Perdana menteri, Datuk Seri abdullah Badawi berkata, baginda berkenan dengan perlantikan tersebut atas nasihat beliau dan selepas mengadakan rundingan dengan Majlis Raja-raja.

Baginda turut berkenan dengan perlantikan Hakim Besar Malays, Tan Sri Alaudin Mohd Sharif (Hakim Besar Malaya) sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Datuk Ariffin Zakaria (Hakim Mahkamah Persekutuan) sebagai Hakim Besar Malaya, katanya dalam kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Semuanya berkuatkuasa 18 Oktober 2008. - mppas

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese