Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ kamarudin Jaffar mencapar bakal Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Razak membubarkan Parlimen sekiranya mahu membuktikan umno berada berada dalam keadaan teguh dan kuat.
Datuk Kamarudn berkata, senario untuk mengembalikan dan memulihkan Umno sedang giat dilakukan apabila Presiden Umno membuat keputusan tidak bertanding mempertahankan jawatan Presiden dalam pemilihan Umno Mac depan.
“Peralihan kuasa tidak membimbangkan PAS dan Pakatan Rakyat kerana kita yakin PR dapat membentuk dan mengambilalih kerajaan pada bila-bila masa sahaja kerana kita sudah mencukupi Ahli Parlimen untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru.
“16 September yang lalu tidak menjadi kenyataan kerana masalah yang tidak menjadi kenyataan kerana masalah yang timbul daripada kerajaan BN dibawah Pak Lah telah menolak surat yang dihantar PR untuk memanggil sidang Dewan Rakyat Khas bagi membincangkan masalah tersebut,” katanya ketika mengadakan Majlis rumah terbukanya di Pasir Pekan.
datuk Kamarudin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata sekiranya Najib memegang jawatan PM nanti, PR mencabar supaya beliau segera membubarkan Parlimen bagi membuktikan adakah rakyat menyokong BN atau PR. - mppas
No comments:
Post a Comment