Anggota Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang setakat ini mendapat 29 pencalonan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno, kini memerlukan hanya sembilan lagi pencalonan untuk melayakkan diri bertanding jawatan itu.
Jumlah minimum pencalonan untuk bertanding jawatan tersebut ialah 38.
Sementara Naib Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin setakat ini memperolehi 14 pencalonan, dan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo tujuh setelah 53 bahagian Pemuda Umno bermesyuarat sejak Khamis lepas.
Mukhriz mendapat pencalonan daripada Jerlun, Besut, Kimanis, Alor Star, Cameron Highlands, Kota Melaka, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Teluk Intan, Pagoh, Pasir Gudang, Kalabakan, Langkawi, Kuantan, Rasah, Jelebu, Jempol, Ipoh Barat, Lipis, Bentong, Tenggara, Padang Rengas, Subang, Kampar, Kota Belud, Tuaran, Permatang Pauh, Bagan dan Pokok Sena.
Sementara Khairy pula dicalonkan oleh Machang, Pengkalan Chepa, Ketereh, Silam, Bandar Tun Razak, Bagan Datoh, Beruas, Bachok, Raub, Rompin, Bagan Serai, Gelang Patah, Pontian dan Kota Kinabalu.
Khir mendapat sokongan daripada Tumpat, Kapar, Cheras, Taiping, Masjid Tanah, Mersing dan Shah Alam.
Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda, anggota Parlimen Muar Razali Ibrahim yang kini memperolehi 27 pencalonan, hanya perlu mendapat dua lagi pencalonan untuk melayakkan diri bertanding jawatan itu.
Bagi bertanding jawatan itu, calon perlu mendapat 15 peratus pencalonan dari 191 bahagian iaitu 29.
Sementara saingannya bagi jawatan itu, anggota Exco Pemuda dan Ketua Pemuda Permatang Pauh Datuk Reezal Merican Naina Merican mendapat 18 pencalonan, Ketua Pemuda Kota Kinabalu Baharol Raza Chuprap (satu), anggota Exco Pemuda Marzuki Yahaya (satu) dan Ketua Pemuda Kapar, Selangor Faizal Abdullah (satu).
No comments:
Post a Comment