12 October 2008

Esok, Perubahan Kuasa Kerajaan!!! - Malaysiakini


Antara perbualan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Rumah Terbuka di Cherok To’kun:

"Perubahan kuasa akan berlaku, Pakatan Rakyat akan melancarkan serangan terakhir pada hari isnin di Parlimen"

"Kita akan memasuki peringkat terakhir, biarlah mereka mengritik dan mengutuk! Mereka telah memonopoli media masa, apa yang kamu lihat adalah benda UMNO belaka"

"Perubahan kuasa akan berlaku, perbahasan di Parlimen mengenai Belanjawan pada hari isnin bakal menjadi medan perang"

"Kami memilih untuk mematuhi Perlembagaan dan prosedurnya, tetapi kami telah menghadapi Perdana Menteri yang tidak lihat kepada situasi semasa negara, tidak menghormati sistem demokrasi"

"Kamu kata kami hanya menurut, tetapi apabila kami ingin bertindak pula dikatakan terlalu agresif. Sebenarnya pemimpin Pakatan Rakyat telah bersetujui untuk peralihan kuasa secara aman, walaupun perlu ditangguhkan sehingga menjejaskan nama baik saya"

"Timbalan Perdana Menteri berkata, ekonomi negara kukuh. Nampaknya dialah satu satunya pemimpin dunia yang masih menganggap ekonomi negara masih kukuh walaupun kemelesetan ekonomi melanda seluruh dunia"

"Negara yang ekonominya kukuh seperti Jepun, Korea, England, Amerika dan Germen telah terkejut dengan kehadiran kemelesetan ekonomi dunia, hanyalah Najib yang kata semuanya baik baik belaka. Inilah yang perlu kita sedar, maka kita tiada pilihan, kita perlu melakukan revolusi ekonomi negara"

"Jika kamu gagal menerima realiti negara menghadapi kemelesetan ekonomi, kamu akan menghadapi masalah besar". - gomalaysian

5 comments:

Anonymous said...

Hidup Utusan! Hidup ISA! Hidup UMNO! Hidup Melayu!

Anonymous said...

Hidup PAS Terenggnu - "THE KING MAKER" - "THE MAIN PLAYER" dan macam2 lagi yang seumpamanya. Tak ke semua korang tak tak tahu lagi ? Peredaran arus politic Malaysia akan hanya di tentukan olih Mustafa Ai, Nasarudin Mat Isa, Hasan Ali, Harun Taib dan semua yang se waktu dengan mereka. Jadi PAKATAN kena lah menghadap PAS Terengganu dulu - tak payah jumpa Dato Presiden!

Anonymous said...

serangan apa? tak ada serangan pun kat parlimen. betul ker nie atau satu pembohongan. cakap lah yang benar. jangan bohong nanti jadi pencuri.

Anonymous said...

Masih hidup lagi ker PAS Terengganu?

Anonymous said...

PAS nie rupanya ada puak-puak, ada yang puak hidup dan ada pulak yang puak mati rupanya. kalau puak PAS Terengganu hidup, puak PAS yang mana pulak mati ? Adakah puak PAS Kelantan yang mati? kesian PAS.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese