Nampaknya memang blog tersebut menjadi lidah rasmi dan rujukan utama pemimpin Umno untuk bercakap soal PAS selain lidah rasmi PAS, Harakah. Maaf kepada Lutfi selaku Ketua Pengarang kerana anda hanya digunakan oleh pihak atasan semata-mata.
Minggu lepas Dato’ Jamaluddin Jarjis (JJ) begitu beriya-iya sangat membawa akhbar Harakah dalam Dewan Rakyat.
Ini hujah Khairy Jamaluddin dalam pertanyaannya kepada JJ dalam Dewan Rakyat, 23 Oktober lalu yang digunakan oleh blog antihusam.
“Tidak jadi pada 16 September, tidak jadi pada 13 Oktober dan katanya ada tarikh baru pula. Saya nak tanya pendapat Yang Berhormat daripada Rompin, apakah sebabnya. Adakah ini satu fatamorgana, adakah ini satu pembohongan yang besar, adakah ini satu mitos ataupun adakah pemikiran beliau sudah tidak begitu waras lagi. Terima kasih”. - Rujuk Jamaluddin Jarjis guna Harakah ‘balon’ PAS atau hansard Parlimen 23 Oktober 2008 ms 40 - 52.
Mungkin Khairy dan penulis blog antihusam berperangai sama atau puak yang sama atau sudah ada pakatan sulit antara mereka.
Setengahnya berpendapat blog antihusam ditulis oleh orang yang dekat dengan Pemimpin Utama PAS yang disifatkan oleh blog MalaysiaWaves (baca artikelnya: Fitnah terbaru terhadap Husam) sebagai Fraksi Umno dalam PAS.
Blog antihusam dicipta khusus untuk memecahbelahkan perpaduan pemimpin PAS. Jika pemimpin PAS termakan dengan dakyah kotor yang ditaburkan oleh penulis bacul antihusam.blogspot.com, maka tunggulah kehancurannya. Apa-apapun Pemimpin PAS kena awas!!
Kenapa saya kata penulis blog antihusam BACUL kerana mereka tak berani memperkenalkan diri mereka. Mereka berselindung di sebalik ‘pemimpin utama’ PAS kununnya mereka menyokong Presiden PAS. Mereka menggunakan lidah rasmi Harakah. Sehinggakan apabila ditanya kenapa Harakah jadi demikian, jawapan mereka mudah saja “yang sudah, sudahlah”. Begitu mudah alasan mereka.
Ada setengah pemimpin PAS berkata, “Jika nak lihat parti itu lemah, lihatlah perpaduan atau perpecahan dikalangan pemimpin mereka”.
“Jika pemimpin mereka bersatu, berpadu maka parti mereka kuat dan jika pemimpin mereka berpecah maka parti mereka akan lemah”.
Saya difahamkan pemimpin PAS telahpun ada keputusan mengenai perkara ini. Diharap pemimpin PAS bersatu (wehdatul fikr dan wehdatul amal) dan jangan mudah percaya dengan dakyah penulis blog antihusam.
Saya juga berharap Dato’ Seri Anwar, Tuan Guru Mursyidul Am, Tuan Guru Presiden PAS, Dato’ Husam Musa serta pemimpin Pakatan Rakyat dan PAS amnya bersabar dalam menempuh fitnah ini dan perlu berserah kepada Allah SWT supaya Allah menunjukkan jalan kebenaran. - jiwokelate
2 comments:
saya rasa yang paling baik dilakukan ialah buat tak hirau je dengan blog anti husam ni, jangan dilayan, jangan dijawab, biar je penulisnya syok sendiri menulis sorang2 takde sape layan....
-----------------------
info-jariah.blogspot.com
info-kesihatan-anda.blogspot.com
our-health-info.blogspot.com
bravo..
aberamly.wordpress.com
ramlyotai.blogspot.com
awanggedeber.blogspot.com
orang taraf ulamak bergaduh dan berbalah dalam iman dek...
mana lillahitaala.. lim guan eng ke yb zul kulim?
patut pas bagi tongkat kat zul... dia boleh baca khutbah. lim guan eng bagi tongkat nak buat apa? ketuk kepala kita adalah dek....
sabar... berjuanglah dalam iman.
Post a Comment