27 October 2008

Pro Mahasiswa menang selesa di 2 Universiti - Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 27 OKTOBER - Kemenangan Pro Mahasiswa di dua universiti menunjukan tuntutan mahasiswa yang mahukan perubahan selaras dengan tsunami politik yang berlaku pada pilihanraya Mac lalu.

Di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Pro Mahasiswa berjaya menawan lapan kerusi yang mana tiga daripadanya merupakan kerusi umum daripada 11 kerusi yang ditandingi.

Manakala di Pro-Mahasiswa, Universiti Malaysia Sarawak, kumpulan ini telah menang tujuh kerusi daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.

Mengulas mengenai kemenangan ini,Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional Norazali Zainuddin berkata kemenangan ini adalah untuk memberi signal kepada Pro-Mahasiswa daripada kampus yang lain supaya bekerja keras untuk memastikan kemenangan pilihanraya kali ini berpihak kepada kita.

“Tugas berat yang dihadapi oleh kita ialah kini bagaimana untuk mengisi kemenangan dan menyakinkan bahawa undi mahasiswa kepada Pro-Mahasiswa kali ini adalah berbaloi”katanya. - SK

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese