Ketua Umum Keadilan itu juga menempelak agihan kekayaan negara yang banyak dimonopoli oleh kroni-kroni yang rapat dengan kepimpinan negara.
Beliau melahirkan kebimbangannya terhadap tindakan kerajaan memaksa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan dana sebesar RM5 bilion yang akan dibahagi-bahagikan kepada syarikat milik kerajaan (GLC) sebagai penyelamat kepada beberapa syarikat pelaburan yang lemas dalam kesulitan malah di peringkat nyawa-nyawa ikan.
Anwar mengupas secara terperinci dan menyeluruh tentang kepincangan dan defisit belanjawan negara yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan sebelum ini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Menurut beliau, banyak kelemahan yang terdapat di dalam pengurusan dan pentadbiran kerajaan.
Soal-soal kesihatan, pelajaran dan pendidikan, pembaziran kewangan, pertahanan negara, moral dan beberapa lagi isu berbangkit.
Anwar juga menumpukan tegurannya terhadap amalan rasuah yang semakin menjadi-jadi terutama di kalangan para pemimpin negara ini.
Sidang media yang diadakan di Parlimen itu turut di sertai bersama oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar._ Hrkh
1 comment:
Cara mudah untuk buat wang-pindahkan saja pada GLC. Siapa tak tahu nak buat tanya akauntan, mesti bolih punya.
Cara mudah nak jadi kaya, buat projek pertahanan, orang tanya beri tahu-national security. Kalau nak tahu tanya general dalam tentera.
Semua kaki membelit dan tipu rakyat. Pakatan Rakyat watch them and don't let them get away this time.
Post a Comment