12 Aktivis Hindraf termasuk seorang kanak-kanak diantara yang ditahan petang ini ketika menyerahkan memorandum rayuan kepada Perdana Menteri bagi membebaskan
Memo kepada PM: 12 aktivis Hindraf ditahan
Menurut wartawan kami, sekurang-kurangnya 50 orang anggota polis preman berkawal di perkarangan Pejabat Perdana Menteri.
Diantara yang ditahan ialah isteri kepada pemimpin Hindaf Waytha Moorthy, Shanty serta anak perempuan mereka dan Kordinator Hindraf S Jayatas.
11 penyokong Hindraf ditahan
KUALA LUMPUR: Sebelas orang penyokong Hindu Rights Action Force (Hindraf) ditahan ketika ingin menyerahkan surat jemputan ke jamuan Hari Deepavali di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya di sini kira-kira pukul 3.30 petang tadi.
Semasa kejadian mereka bersama seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun yang juga anak saudara pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar pergi ke Pejabat Perdana Menteri kira-kira pukul 11.30 pagi, sebelum ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kini berada di Beijing, China sempena Persidangan Asia-Eropah kali ke-tujuh.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata semua lapan lelaki dan tiga perempuan disiasat di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Seksyen 48) kerana bertindak bagi pihak atau mewakili mana-mana pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
"Kesemua mereka sedang disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Putrajaya dan akan dibebaskan secepat mungkin," katanya ketika dihubungi.
Beliau menafikan sebuah laman web (Malaysiakini) yang mendakwa kanak-kanak tersebut turut ditahan polis sebaliknya kanak-kanak itu tidak ditahan.
Hindraf telah diwartakan sebagai sebuah pertubuhan haram oleh Kementerian Dalam Negeri. BERNAMA
3 comments:
This is not allowed and that also cannot
Soon all will be tied up into tight knots
Without any more doors at all around to knock
What else is there for anyone to crow like a cock?
(C) Samuel Goh Kim Eng - 231008
http://MotivationInMotion.blogspot.com
Thur. 23rd Oct. 2008.
Padan dengan muka. Lain kali nak hantar jemputan atas nama pertubuhan haram jgn lah bawak anak skali.
Tak jantan lah gitu. Untuk perempuan.. tak gentle lah gitu. :p
Jemput biasa tok leh ker? Asal nak kene gune nama haram tu.
Post a Comment