Majlis penyerahan memorandum tersebut diadakan di ibu pejabat Suhakam di Menara Tun Razak di Jalan Raja laut pada jam 3.00 petang dan memorandum diterima sendiri oleh Pesuruhjaya Suhakam, Dr Chiam Heng Keng.
Melalui memorandum tersebut, Suaram dan GMUKM mengutarakan isu daripada kejadian tersebut iaitu pengawai keselamatan UKM menyalahguna kuasa, bersikap kasar dan tidak profesional; testimonial pelajar yang dikasari oleh pengawai keselamatan tersebut; Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Seri Khaled Nordin tidak menyalurkan bantuan semasa kejadian; dan penglibatan polis dalam menakut-nakutkan pelajar.
Kejadian kekasaran tersebut telah berlaku semasa GMUKM berhimpun untuk menyerahkan memorandum berkenaan tuntutan keadilan dalam pilihan raya kampus (PRK) yang akan datang, kepada Khaleed yang berucap di Karnival kerjaya yang diadakan di Dewan Cancelor Tun Razak(Dectar) pada jam 4.00 petang, 17 Oktober lalu.
Menurut salah seorang daripada mangsa keganasan tersebut, Mohd Farid bin Hamlud, beliau dikasari dengan teruk oleh pengawai yang dikenali sebagai Mejar (B) Housaini Abdul Ghani melalui tanda nama.
“Semasa saya terlibat dengan lawatan ke tapak di perkarangan Dectar, saya telah dihimpit oleh beberapa pegawai keselamatan UKM berbangsa melayu,” cerita Timbalan Presiden Ikatan Studi Islam (ISI) UKM itu.
Jelas Farid yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Tertinggi GMUKM, pegawai tersebut bertindak kasar terhadapnya serta beberapa mahasiswa lain sehingga terdapat kesan cakar di bahagian badan dan tangannya.
Sementara itu, pihak Suhakam cuba berdolak dalih dalam menangani kes keganasan tersebut, dengan cuba menimbulkan beberapa isu dimana Suhakam menganggap mahasiswa yang menjadi mangsa dalam kejadian tersebut tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk membawa isu tersebut ketengah.
Suhakam akan membuat keputusan sama ada untuk menyiasat laporan tersebut atau tidak bergantung kepada hasil mesyuarat yang akan diadakan pada Khamis hadapan.
Suhakam turut meminta beberapa lagi bukti daripada mangsa termasuk laporan perubatan.
Dalam pada itu, Farid turut mendedahkan kejadian seumpama itu bukanlah perkara baru di UKM. Sebelum ini salahguna kuasa selalu berlaku di kalangan pegawai keselamatan UKM, termasuk menempatkan lebih 30 orang pengawai dengan bertujuan menakut-nakutkan pelajar yang ingin menyuarakan hak mereka dalam PRK.
Sedangkan, kejadian jenayah di UKM seperti kecurian sering kali gagal diselesaikan kerana mereka hanya ibarat melepas batuk di tangga di mana hanya dua pengawai keselamatan yang ditempat di kawasan hitam di UKM.
BERITA TERDAHULU:
Dikasari: Mahasiswa serah memo kepada Suhakam
KUALA LUMPUR, 23 OKTOBER - Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) mengenai seorang mahasiswa yang dikasari oleh pegawai di universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Mahasiswa berkenaan, L Danalethumi dikasari pengawai keselamatan tersebut pada 17 Oktober lalu ketika Badan Bertindak Mahasiswa Negara menyerahkan memo kepada Menteri Pengajian Tinggi di Karnival Kerjaya Kebangsaan di dewan canselor Tun Abdul Razak.
Suaram dan mahasiswa berkenaan telah menghantar memorandum berkenaan pada jam 3 petang tadi di pejabat Suhakam di Menara Tun Perak. - SK
No comments:
Post a Comment