28 September 2008

Khalid Samad; Isu Terengganu – Apa Diinginkan?

Ada ramai yang hairan mengapa isu Terengganu ditimbulkan oleh saya. Sebabnya adalah, Pertama, kerana saya ditanya dan Kedua kerana saya rasa amat perlu ahli2 PAS memahami bahawa sekiranya kerajaan PR di peringkat pusat ditubuhkan, maka ianya adalah bagaikan kemenangan “lebih kuah dari sudu” seperti yang disifatkan oleh seorang pengkritik.

Bila dikatakan kemenangan yang “lebih kuah dari sudu” tidak bererti ianya tidak bernilai sama sekali. Tetapi adalah penting untuk kita memahami sifat kemenangan itu supaya dapat ianya diurus dengan betul, kearah yang lebih kukuh dan lebih bermakna sehingga menjadi :-

(a) sama kuah dengan sudu dan
(b) akhirnya lebih sudu dari kuah (betul ke perumpamaan ini semua?).

Contoh Terengganu digunakan kerana, pada pendapat saya, mereka menganggap kemenangan 1999 adalah kemenangan Islam secara mutlak (hasil 20 tahun Tarbiyyah). Mereka menolak faktor Anwar dan mereka mengurus kemenangan mereka berdasarkan tanggapan begitu. Saya tidak mahu kesilapan yang sama berulang lagi. Kemenangan kita tahun ini bukan lagi kemenangan Islam yang mutlak tetapi melalui kemenangan ini akan terbuka peluang yang begitu luas untuk kita bergerak kearah kemenangan Islam yang sebenarnya.

Segala tembok2 yang menghalang kita untuk menzahirkan keadilan Islam, kepada orang Islam dan orang bukan Islam akan dapat kita robohkan. Segala saluran yang selama ini dibolot oleh UMNO/BN semata-mata terbuka kepada kita untuk menyampaikan risalah perjuangan kita. Segala jawatan-jawatan yang selama ini diisi oleh mereka2 yang tidak layak dan yang mengelirukan masyarakat Islam dan bukan Islam dapat diisi sebahagiannya oleh orang2 kita supaya penjelasan yang tepat dan mantap dapat disampaikan. Kita akan berpeluang untuk melaksanakan sebahagian dari prinsip2 keadilan Islam terhadap rakyat Malaysia dan dengan itu menghilangkan ketakutan rakyat terhadap perjuangan kita. Kita akan berpeluang untuk meluas-lebarkan sokongan terhadap PAS.

Inilah sebabnya apabila kita nak menilai baik buruk sesuatu keadaan atau kemenangan, banyak qawaaid (kaedah-kaedah) syariah yang boleh diguna pakai. Di antara yang mengharuskan tindakan atau strategi memanfaatkan kemenangan walaupun yang bersifat ‘lebih kuah dari sudu’ adalah kaedah ‘yang lebih ringan mudaratnya dari dua mudarat’ atau ‘yang lebih banyak maslahahnya dari dua maslahah (keuntungan).’ Ada juga kaedah ‘kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua’ dan sebagainya yang tuan2 boleh belajar dari orang yang lebih layak dari saya.

Dalam arti kata yang lain, kita harus menilai samada memperolehi kemenangan yang terbatas adalah lebih baik dari terus tidak menang. Kalau ikut semangat memanglah ada yang mengatakan “sanggup terus menjadi pembangkang dari bersubahat dalam kerajaan yang tidak Islamik sepenuhnya”. Itu cakap semangat yang tidak memahami wujudnya kawaid yang saya sebutkan tadi.

Oleh itu, apa yang saya inginkan melalui isu Terengganu ini? Jika Allah izinkan, saya inginkan yang seperti berikut :-
(i) Kesedaran dan persetujuan bahawa ‘kemenangan terhad’ adalah lebih baik dari tidak menang.
(ii) Kesedaran dan persetujuan bahawa ‘kemenangan terhad’ mesti ditangani dengan kaedah ‘kemenangan terhad’ dan bukan dengan kaedah ‘kemenangan mutlak’.
(iii) Pengurusan ‘kemenangan terhad’ hendaklah dilakukan dengan cara yang akan membawa kepada kemenangan yang lebih kukuh secara berperingkat.

WaLlahu ‘Alam
.
Khalid Abd Samad

1 comment:

Anonymous said...

Kepada Khalid saya hanya ingin menyatakan bahawa tak payah lah nak berbuih mulut untuk menjelaskan sesuatu mengenai sebab-sebab Terrengganu sukar mendapat kemenangan. Sebab nya bagi ahli ahli bawahan seperti kami yang tak perlu 'berpolitik tinggi' perkara itu di lihat dengan amat mudah - Allah SWT menetapkan segala-galanya dan Allah mengetahui apa yang terselit dalam hati pemimpin-pemimpin PAS Terengganu. Maka syor yang mudah yang kami dapat ajukan kepada pemimpin pemimpin PAS Terengganu ini ialah muhasabah lah diri masing masing dengan seikhlas mungkin - buangkan syak wasangka terhadap perjuang perjuang lain, kikiskan perasaan hasad dengki terhadap pemimpin pemimpin lain, buangkan nafsu untuk mendapatkan kedudukan dan kuasa semata-mata untuk memuaskan nafsu dan ego sendiri, tajamkan pemikiran terhadap keperluan Negara daripada hanya melihat atas keperluan satu bangsa (bukankah PAS memperjuangkan Islam dan bukan Bangsa? Jadi mengapa pulak bangsa diperutamakan sehingga sanggup membuat perhubungan dengan Parti Assabiah secara sulit dan walaupun Muktamar telah menjelaskan hala tuju strategi PAS maseh nampak terliur lagi dengan keinginan hendak mendapat kedudukan bersama Parti assabiyah yang sedang bermaharajalela dengan keangkuhan dan kezaliman ?) Wahai Pemimpin PAS Terengganu fikirkanlah - dan bermunajatlah kepada Allah dengan ikhlas supaya Allah memberi rahmat NYa dan membersihkan hati-hati kamu sekalian. Politik ada lah sesuatu yang sifat nya tidak ada "constant" - minta lah kepada Allah ilmu dan pertunjuk untuk bertindak untuk kebaikan Isla (bukan melayu, diri individu, kemewahan, kedudukan, dan kononnya kuasa sebagai "kingmaker" - dalam hal ini saya masih lagi terkejut apabila PAS Terengganu menanag Negeri Terengganu pada suatu masa dulu, maka bertaburanlah gelaran Dato disini sana, dan ahli-ahli Exco nya pun bermula bergerak dengan angkuh, dan walau pun ada banyak ahli yang ingin menyumbang tenaga dan fikiran kepada Kerajaan Baru PAS ini jawapan yang di beri hanyalah - ini Terengganu dan kita hanya memerlukan orang Terengganu - amboi begitu angkuh dan sombong. Seperti yang saya katakan dulu Alah menentukan segala galanya - kembalilah kepada nawaitu asal dan jangan segan kikiskan pemimpin pemimpin yang sudah lama tersimpang dan yang sudah jelas tidak dapat memikirkan atas "keperluan negara" yang kian berubah.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese