Ungkapan itu bukan tuduhan dari pembangkang atau golongan2 yang anti kerajaan BN, tapi merupakan pengakuan IKHLAS dari seorang pemimpin senior UMNO sendiri. Sebagai orang yang bercita-cita menjadi Presiden UMNO, sudah tentulah beliau tahu apa yang katakan itu benar lagi ikhlas demi masa depan partinya yang sedang nazak itu.
Kini baru rakyat sedar, setelah 51 tahun memerintah pemimpin2 Umno ini nak jadikan negara kita "Republik Pisang". Mereka dengan rakusnya berebut kuasa tanpa mempedulikan kerosakan yang ditimbulkan mereka keatas negara. Mereka bukan berjuang untuk mengembalikan kuasa rakyat tetapi mereka berjuang untuk kepentingan perut sendiri, kepentingan kaum kerabat dan kroni-kroni mereka sahaja. Mereka bermatian matian mempertahan ISA yang zalim lagi kejam itu demi menutup mulut rakyat dari membicarakan kebenaran akan kerakusan dan kerosakan yang telah mereka lakukan keatas negara ini.
Apa lagi yang nak diharapkan dari pemimpin2 seperti ini, melainkan tong sampahkan saja pemimpin2 ini. Amanah yang diberikan untuk menjaga dan mentadbir hak rakyat, amanah yang diberikan untuk menjaga keharmonian rakyat, amanah yang diberikan untuk memperkayakan rakyat, amanah yang yang diberikan untuk menjaga negara dari dirosakan Dan Amanah yang diberikan bukan untuk merompak hak rakyat, bukan untuk merosakkan negara malahan bukan untuk memperkaya diri sendiri dengan mengamalkan sistem yang korup.
Rakyat perlu bangun menolak Sistem negara "Republik Pisang" sebelum terlambat. Rakyat perlu bangun menolak pemimpin2 pisang ini. Kembalilah kita bersatu, berjuang demi menubuhkan sebuah NEGARA RAKYAT...yang memperjuangkan kepentingan semua tanpa mengira agama dan bangsa.
1 comment:
Salam!
kalau berlaku peralihan kuasa kepada penyangak yang nak ganti pencuri tu rasa2 kena tukar nama pula dari Republik Pisang kepada Republik Betik....(tak tahan lama)
thx!
Post a Comment