KOTA BHARU: Seorang ahli perniagaan ditembak mati ketika beliau dan keluarganya sedang dalam perjalanan hendak menunaikan sembahyang Isyak dan tarawih di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, Jalan Pulau Melaka di sini malam tadi.
Mohamad Salleh, 60-an, dipercayai ditembak dua das tembakan oleh dua lelaki yang menaiki motosikal, semasa beliau sedang memandu pacuan empat rodanya jenis Toyota Hilux untuk ke masjid kira-kira 8.15 malam.
Laporan Bernama menyebut Mohamad terkena tembakan yang dilepaskan dari bahagian hadapan menerusi cermin kenderaannya, mengakibatkannya cedera di kepala dan dada serta meninggal di tempat kejadian.
Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, akibat tembakan itu, kenderaan Mohamad terbabas dan melanggar tiga buah kenderaan lain di bahu jalan.
“Selepas kejadian, isteri Mohamad dan sepupu wanitanya keluar dari kenderaan dan menjerit minta tolong daripada orang ramai yang berada berdekatan tempat kejadian,” kata saksi tersebut ketika ditemui di tempat kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Mazlan Lazim mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk dibedah siasat.
kebetulan saya dalam perjalanan untuk solat terawih di perkampungan ramadhan di Stadium.Saya sempat merakam beberapa video 5minit selepas kejadian pembunuhan itu berlaku, Saya masukkan satu Video di sini untuk tontonan semua.. effarania
No comments:
Post a Comment