
Lebih 150 orang penduduk tempatan berkumpul di perkarangan rumah bekas Ketua Pemuda PBB Empawi Anak Adang yang telah meninggalkan parti tersebut hujung tahun lalu.
Kak Ani, ketika menyampaikan ucapan ringkasnya mengucapkan terima kasih kepada sokongan semua penduduk yang meraikan kehadirannya.
Beliau menyeru para pengundi supaya mengundi PAS pada hari pengundian 16 April depan untuk membuat satu perubahan.
"Kamek mintak, mintak semua ngundilah kamek, kitak buat perubahan, udah lamak nya merintah kitak, udah 30 tahun tahun, sik ada apa-apa, air sik ada, apa pun tiadak,
"kamek mintak kita berik undi tuk pada kamek, Kak Ani harap kita mau perubahan,"katanya
Beliau yang ditemui selepas majlis tersebut berkata, sekiranya diberi mandat dan menang dalam pilihanraya negeri Sarawak, beliau akan berjuang menunytuk hak rakyat terutama keperluan air yang dihadapi oleh penduduk kempung tersebut
No comments:
Post a Comment