
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan atTantawi dalam satu kenyataan medianya berkata, jaminan keselamatan SPRM perlu diberikan sebagai jaminan bahawa keselamatan setiap saksi akan dipantau sepenuhnya ketika proses siasatan dijalankan.
"Suatu siasatan telus dan terbuka perlu dijalankan dan kami menggesa SPRM supaya tidak terikat daripada kuasa-kuasa politik pemerintah.
"Sekiranya ada individu yang didapati bersalah dalam kes ini, hukuman setimpal perlu dijalankan tanpa kompromi meskipun individu tersebut adalah seorang berprofil tinggi," katanya.
No comments:
Post a Comment