06 April 2011

Selamat Datang Ke Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Besut.

Wan Azhar Wan Ahmad
Yang DiPertua PAS Kawasan Besut

Alhamdulillah, cuma tinggal 3 hari sahaja lagi untuk saya dan rakan2 menggalas amanah kepimpinan PKB. Sepenggal berlalu (2009-2011) telah mengajar kita tentang perjuangan, pengorbanan, persahabatan dan nilai sebuah kejujuran. Semuga semuanya berpaksikan keikhlasan semata-mata kerana Allah.

Benar. Tanpa keikhlasan segala-galanya pasti berlalu tanpa anugerah Ilahi. Barangkali jika disandarkan kepada amalan2 kita dihadapan Allah, belum tentu kita akan menjadi tetamunya disyurga. Namun biarlah sedikit perjuangan ini akan menjadi nilai tambah untuk kita bahagia disisiNya.

Sesuatu yang pasti, kita akan dimuhasabah. Mesyuarat Agung Tahunan adalah medan untuk kita diadili. Usah bersedia dengan alasan, jika kita tidak bekerja. Bersedialah untuk bersemuka dengan para perwakilan dengan sejujurnya....

Lantas, jawatan bukanlah suatu kebanggaan. Ia adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan. Kenapa harus kita bergolak dan berbalah dengan teman-teman yang selalunya berusrah dan bermesyuarat bersama. Hilangkan rasa ukhuwah dan mahabbah filLah di kalangan kita semata-mata kerana jawatan... Bodohnya kita jika itu menjadi faktor yang mengganggu waktu dan fikiran kita di saat sahabat2 kita membayangi nikmatnya kehidupan sebagai syuhada'....

Ayuh !!! Ambillah jawatan2 yang ada untuk sesiapa yang berminat. Tetapi ingat, galasilah dengan amanah. Pemimpin bukan hanya akan diasak di hadapan perwakilan dengan muka yang bengis tanpa ampun tetapi dihadapan Qadhi Rabbul Jalil tanpa peguam

Bertanggungjawablah di atas setiap saat pergerakan kita, kata-kata dan ucapan kita, fitnah dan mainan saraf yang kita lontarkan untuk rakan2 di medan, setiap sen wang ringgit yang kita suapkan ke mulut anak dan isteri kita, solat kita, mata yang memandang di skrin komputer dan tangan yang sentiasa rancak dan galak menekan bebutang di keyboard laptop kita disudut penjuru yang tiada bersaksi melainkan Allah.

Ya benar... Janganlah dengan sebab kita Allah menangguhkan kemenangannya untuk perjuangan Islam ini yang bukan hanya kita di sana, tetapi turut disertai orang2 susah yang miskin tetapi berkorban apa sahaja semata-mata untuk melihat Islam kembali didaulatkan.

Terima kasih buat teman-teman yang banyak membantu. Allahlah saksi persahabatan kita.

Selamat bermesyuarat agung.

5 comments:

Anonymous said...

satu penyakit yang ada dikalangan pejuang ialah merasakan bahawa hanya kita yang ikhlas, hanya kita sahaja yang berkorban, hanya kita sahaja yang pandai penat dan lelah.

Kemudian selepas itu sentiasa merasakan bahawa ada orang ingin menjatuhkan kita...sedangkan semasa kita naik dahulu....apa sikap dan pandangan kita pada orang atas pada masa itu....

Kadang-kadang kita merasa amat angkuh seolah kitalah sebagai penyelamat...sedangkan kita hanya seorang yang menjadi alat kepada sebahagian yang merasakan diri mereka terlalu sempurna

Anonymous said...

sebagaimana jugak kita merasakan bahawa ada yang cuba bermain saraf yang kononnya dilontarkan...sedang saraf yang sebenarnya di mulakan oleh tuan empunya diri sejak lebih 2 tahun lamanya...sebab itulah kita sering merasakan hanya orang lain yang tidak betul.....Muhasabah diri sebelum cuba menuduh orang lain

Pusat Tarbiah Nurul Iman,Besut. said...

Demikianlah asam garam dalam polotik.Apa pun ingatlah wahai sahabat-sahabat sekelian sesiapa sahaja yang meletakkan politik mengatasi agama,maka ia akan berjumpa dengan kegagalan.

Pas membawa satu perjuangan untuk menegakkan Islam. Yang mengelokkan Pas itu adalah ahli-ahlinya. Andainya ahli-ahli Pas sendiri lebih-lebih lagi di kalangan yang dianggap sebagai orang penting dalam Pas,tak dapat menunjukkan sifat yang tawaduk di sisi Allah dan sekelian hambaNya,bagaimana keelokan Pas dapat dilihat oleh orang lain.
Orang yang suka meninggikan diri dan sentiasa suka dengan pujian manusia,maka itulah dia orang yang takabur.
Demikian juga sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab hikam,barangsiapa yang merasa layak diletakkan atas suatu,maka zahirlah takaburnya. Kalau kita lihat dari kalangan sahabat 4 selepas wafat nabi, yang dilantik menjadi khalifah,kesemuanya terima dengan rendah hati,tidak ada seorang pun dari mereka itu merasa akulah yang terlebih layak dari si anu-si anu.

Anonymous said...

itulah warna teman2 di wilayah Besut,,kepongahan mereka meresahkan,,mesyuarat Agong menjelang dan saraf menjalar ke cawangan utk menaikkan sesiapa dan menurunkan sesiapa.PAS Besut wajar dipertahankan dgn line up yg ada demi PRU..gabungan ini telah mantap dan byk kejayaan dicapai.merungkai yg ada dgn dinaikkan saf baru maka akan mengundang seribu masalah yg lain..malangnya sikap segelintir teman2 di Besut,,suka berpolemik utk mencatur naik turun pimpinan.terlebih malang jika kerja 'ala kampungan' ini digerakkan oleh mrk yg dijolok seperti ust.....maka jika budaya buruk ini berada dalam jamaah,maka lupakanlah kemenangan,krn Allah tidak akan memandang cara kerja kita....selamat bermesyuarat...kekalkan yg ada..perkasakan yg ada

Anonymous said...

2 tahun lepas...golongan yang ada ini memulakan saraf.....menyatakan diserata pelusuk besut bahawa saf dahulu tak betul. tak pandai. tak reti dan sebagainya...nak suruh sebut nama...rasa tak payah la sebut...so nak kekalkan saf yang ada sekarang ini maknanyha menyuburkan budaya cakap saja... apa yang hebat sangat kalau...ketua penerangan tak pernah hadir mesyuarat penerangan negeri. mesyuarat JPN tak pernah ada wakil dari besut.....so sedara Anonymous April 8, 2011 2:30 AM....tak payah nak saraf di sini la...orang-orang malas nak keber je sebab nak jaga kepentingan jemaah..nak jaga airmuka... cuma akhir sekali...ust mana yang di tolak tu...cuba sebut sikit..jangan nak jadi kaki fitnah

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese