Ustaz Adam Said
Pusat Tarbiah Nurul Iman,Besut.
Protokol Yang Menjemukan
Seringkali kita mendengar sungutan daripada rakyat, dalam kita menjadikan slogan
" MERAKYATKAN KEPIMPINAN/PERJUANGAN ", mengapa pula kita dalam perjuangan ini terlalu sangat nak jaga protokol. Dari kalangan pemimpin, kita sentiasa mendengar sungutan rakyat, tak bolehkah dari kalangan pemimpin bersama-sama rakyat seperti duduk makan bersama dalam satu-satu majlis yang diadakan dengan makanan dan minuman yang sama supaya dilihat oleh rakyat sikap pemimpin mereka. Dan ini juga sebagai suatu jalan untuk merapatkan kasih sayang dan merapatkan jurang perbezaan kedudukan di antara pemimpin dan rakyat. Saya tidak mengatakan salah apa yang selalu dibuat seperti yang baru lepas pada majlis PGU, tetapi apakah salah kalau pimpinan bersila bersama rakyat di bawah pokok. Saya rasa rakyat akan lebih bersemangat dan lebih kasih kepada pemimpin mereka.
Saya rasa pemimpin tidak hanya melihat dan menyerahkan sahaja perjalanan protokol itu kepada orang yang sentiasa di sekeliling mereka. Mereka kena melihat juga kepada perjalanan Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang biasa kita sebut kepada rakyat bila kita bertemu dengan rakyat dalam kuliah yang disampaikan.
Satu perkara lagi yang biasa disebut2 jemu oleh rakyat,sebutan nama ketika ceramah. Terkadang masa dah singkat, semakin singkat pula dengan nak sebut nama orang tu, orang ni. Kita tengok dari kalangan PKR ceramah tak macam itu dalam hal ni. Sebut juga, tapi singkat sahaja masa yang digunakan.
Muhasabah Diri
Wahai sahabat-sahabat sekelian, ingatlah pesanan orang-orang alim, sesiapa sahaja yang meletakkan politik mengatasi agama,maka ia akan berjumpa dengan kegagalan.
Pas membawa satu perjuangan untuk menegakkan Islam. Yang mengelokkan Pas itu adalah ahli-ahlinya. Andainya ahli-ahli Pas sendiri lebih-lebih lagi di kalangan yang dianggap sebagai orang penting dalam Pas, tak dapat menunjukkan sifat yang tawaduk di sisi Allah dan sekelian hambaNya, bagaimana keelokan Pas dapat dilihat oleh orang lain.
Orang yang suka meninggikan diri dan sentiasa suka dengan pujian manusia, maka itulah dia orang yang takabur.
Demikian juga sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab hikam,barangsiapa yang merasa layak diletakkan atas suatu,maka zahirlah takaburnya. Kalau kita lihat dari kalangan sahabat 4 selepas wafat nabi, yang dilantik menjadi khalifah, kesemuanya terima dengan rendah hati, tidak ada seorang pun dari mereka itu merasa akulah yang terlebih layak dari si anu-si anu.
No comments:
Post a Comment