23 April 2011

OKU Tahanan ISA Tekad Teruskan Perjuangan



Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Kadir Hashim bertekad tidak akan lemah semangat dalam meneruskan perjuangan dalam Parti Keadilan Rakyat(PKR) walaupun bakal berhadapan cabaran yang lebih berisiko tinggi seperti ini.

Kadir yang dibebaskan beberapa hari lalu, menganggap detik-detik dan saat beliau menjadi tahanan ISA itu sebagai asam garam perjuangan dalam memastikan Pakatan Rakyat(PR) mendapat mandat dalam Pilihan Raya umum akan datang.

“Saya tidak akan lemah semangat. Saya tetap akan menyertai aktiviti parti. Ini bagi saya liku-liku perjuangan. Kita kena hadapinya,” kata beliau kepada wartawan di rumahnya semalam.

Kadir yang kudung pergelangan tangan kiri didakwa terlibat dalam kegiatan berunsur subversif iaitu aktiviti untuk melemahkan atau memusnahkan sesuatu sistem politik, kerajaan, agama, dengan menjalankan aktiviti tertentu secara sulit di bawah Seksyen 73(1) ISA 1 April lalu.

Kadir dikatakan merancang menggunakan senjata api dan bahan letupan untuk menentang kerajaan kerana komennya dalam laman Facebook beliau.

Menurut Kadir, beliau disoal siasat selama beberapa sesi setiap hari dan dibawa sehingga ke empat lokasi berlainan untuk disoal siasat sepanjang 20 hari itu.

Malah beliau memberitahu pihak Polis memasang alat pengesan pembohongan di badannya dalam salah satu cubaan mendapatkan kenyataan beliau.

Bagaimanapun Kadir mengakui beliau tidak didera secara fizikal sebaliknya beliau diganggu secara mental berikutan cara soal siasat yang amat meletihkan.

Beliau yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) menganggap tuduhan dan siasatan polis ke atas beliau sebagai perkara lucu kerana ia hampir tidak logik.

Malah menurut beliau lagi, pihak Polis turut gentar apabila kesnya itu mendapat liputan meluas media selain kesungguhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Hak Asasi Manusia seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sentiasa memberi sokongan dan mendesak beliau dibebaskan.

“Bagi saya ini satu tangkapan lucu. Sepatutnya dia (polis) kena fikir. Jika dia kaji dan siasat status saya, dia akan tahu saya seorang OKU,” kata beliau dengan sinis.

“Mereka cukup takut bila peguam nak jumpa saya. Wartawan dan Suaram pun datang. Mereka cukup takut. Jadi mereka minta kerjasama dan beri ruang untuk dibebaskan,” tambahnya lagi.

Kadir turut mendedahkan beliau juga diminta supaya menceritakan ‘kebaikan’ ISA kepada ahli PKR lain, bagaimanapun beliau enggan berbuat demikian.

Kadir menyatakan tindakan beliau dan mungkin ramai lagi rakyat Malaysia yang meluahkan kemarahan mereka dalam laman sosial itu berpunca dari Kerajaan Barisan Nasional sendiri yang sentiasa menindas hak bersuara rakyat.

“Itu hanya luahan emosi saya terhadap apa yang dilakukan Kerajaan Barisan Nasional dan kerajaan kita. Kita hendak cuba ubah keadaan demokrasi. Masalahnya demokrasi kita tak adil. Kalau betul demokrasi kenapa media kita contohnya disekat? Kenapa dalam Pilihan Raya berita-berita yang disampaikan tak seimbang laporannya? Kenapa kita tak diberi ruang di TV seperti mereka?” ucap beliau.

Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin yang berkunjung ke rumah Kadir semalam turut menganggap episod ISA Kadir sebagai sesuatu yang tidak logik dan lucu.

Shamsul menyatakan perkara ini menunjukkan betapa ISA tidak dapat diterima Pakatan Rakyat apatah lagi pihak Polis meminta Kadir menceritakan ‘kebaikan’ ISA kepada orang ramai.

“Sekadar kata-kata dalam facebook, beliau ditahan di bawah ISA, sedangkan itu tidak perlu, boleh lakukan siasatan. Apa perlu beliau ditahan? Dan soalan yang ditanya pun tak berkaitan dengan siasatan. Soalan tentang Isu politik dan minta saudara Kadir beritahu kebaikan ISA. Saya setuju dengan Kadir itu sesuatu yang lucu dari pasukan keselamatan negara kita. Sebab itu kita kata ISA ini langsung tidak membawa kebaikan dan membawa manfaat kepada masyarakat yang bertamadun. -TVS

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese