Negeri Sarawak senasib dengan Terengganu dan Sabah, memiliki kekayaan dari hasil bumi yang banyak tetapi merupakan negeri-negeri yang termiskin di Malaysia.
Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata demikian dalam kempen pilihanraya negeri (PRN) Sarawak di Taman Samarinda dekat sini Isnin 11 April
"Sarawak senasib dengan (negeri) Terengganu dan dan Sabah. Negeri Sarawak, (ketiga-tiganya) semua kaya ada minyak, ada balak,
"tetapi negeri orang miskin paling ramai (juga) adalah Terengganu Sanbah dan Sarwak,"katanya
Oleh itu, menurutnya PRN Sarawak kali ini adalah masa yang paling baik untuk membuat perubahan, menjatuhkan keranaan Barisan Nasional (BN).
Katanya, sekiranya tidak ditumbangkan, kerajaan BN akan terus mengambil kesempatan mengaut kekayaan negeri yang menjadi milik rakyat.
Haji Wahid yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu mendedahkan, anak Taib Mahmud, Sulaiman Abdul Rahman Taib, yang dipilih m,enjadi Ahli Parlimen Kota Samarahan telah enam bulan tidak menghadiri sidang Parlimen.
"Anak Taib Mahmud (Sulaiman) yang jadi ahli parlimen tuan-tuan Kota Samarahan, sekarang sudah enam bulan tidak pergi (hadir sidang) Parlimen, mana dia pergi?
"dia sudah lari pergi Kanada, dia sudah lari, dia sudah kaya, kita susah-susah (ke)mana mahu lari?,"jelasnya
Wahid juga menyeru supaya pengundi membuat perubahan menolak Taib, adik beradik dan anak beranaknya, yang bertanding kerana keluarga Taib Mahmud membolot harta harta rakyatuntuk kepentingan peribadi.
Di kawasan N15 DUN Muara Tuang, adil Taib, Ali Mahmud bertanding menentang calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Noraini Hamzah
Turut hadir adalah Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji hanafiah Mat dan Timbalan Ketua Pemuda Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah. BO
No comments:
Post a Comment