12 April 2011

DSAI: "Taib akan letak jawatan" hanya gimik politik Najib



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat Sarawak supaya tidak termakan dengan gimik "Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan letak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak" sekiranya Barisan Nasional terus diberi mandat pada 16 April ini.

Gimik terbaru Barisan Nasional itu katanya hanya suatu pembohongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Justeru, Anwar minta Najib yang juga Presiden Umno mengumumkan pula tarikh persaraan Taib serta menamakan pengganti Taib.

"Persoalannya, apakah ini suatu lagi gimik politik murahan Datuk Seri Najib untuk mengaburi mata rakyat.

"Kalau benar telahan beliau bahawa Taib perlu berhenti, soalnya tahun bila, (pada tahun) 2015 atau (tahun)2020.

"Keduanya, siapakah pengganti (Taib)...adakah adik beliau setelah gagal menonjolkan anak beliau," soal Anwar sambil menganggap Najib cuba memperbodoh rakyat pribumi di sini.

Jelas Anwar, adik Taib bernama Datuk Sri Mohd Ali Mahmud yang juga calon BN di DUN Muara Tuang. Manakala, anak Taib bernama Sulaiman Abdul Taib yang juga Ahli Parlimen Samarahan.

Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri era Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, hakikatnya Najib dalam konteks sekarang tidak mampu mengetepikan Taib begitu sahaja kerana sebelum ini Dr Mahathir ketika menjadi perdana menteri juga gagal mengetepikan Taib.

Katanya lagi, kekuasaan Taib boleh dilihat pada satu kenyataan di akhbar News Strait Times (NST) pada 7 November 2005 di mana Taib pernah berjanji untuk melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, adalah mustahil untuk mengetepikan Taib di saat ini kerana pentadbiran Najib bukan sahaja tidak mendapat mandat daripada Barisan Nasional bahkan tidak pernah direstui Barisan Nasional Sarawak.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese