21 April 2011

Kata Dua 14 Cawangan UMNO Labuan Kepada BN



Sejumlah 14 daripada keseluruhan 29 cawangan UMNO di Labuan yang telah membuat usul di dalam mesyuarat cawangan UMNO baru-baru ini agar Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman yang digugurkan Majlis Tertinggi UMNO dikembalikan semula kepada jawatannya; atau mereka akan berpaling tadah dengan membubarkan 14 cawangan berkenaan dan memberi sokongan kepada pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Labuan, Arif Bin Buang, yang juga Ketua Cawangan UMNO Rancha-Rancha 2 yang mendakwa mewakili 14 Cawangan UMNO Labuan telah menghubungi Sabahkini.net dan bersedia memberi kenyataan bersumpah di hadapan kamera video untuk siaran Sabahkinitv.

Menurut Arif, mereka sudah bosan dengan sikap dolak dalih Majlis Tertinggi UMNO yang secara malafide telah merancang penyingkiran Ketua UMNO Labuan secara bersindiket untuk melumpuhkan UMNO dengan membuat tuduhan palsu yang sengaja direka-reka dan dipinda beberapa kali semata-mata untuk memastikan Suhaili kecundang di mahkamah.

“Kami amat kesal kerana di dalam surat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bertarikh 8 Mei 2008 kepada Datuk Suhaili menyatakan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Majlis Tertinggi UMNO yang bersidang pada 6 Mei telah membuat keputusan bahawa jawatan YBhg Dato' (Suhaili) sebagai Ketua UMNO Bahagian Labuan adalah digantung untuk sementara waktu sehingga kes YBhg Dato' selesai dibicarakan. Tetapi setelah kes berkenaan dibicarakan, beliau masih digantung tidak bertali,” kata Arif bahawa rayuan yang difailkan Pendakwaraya tidak boleh dijadikan alasan untuk menyiksa Suhaili dan ahli UMNO Labuan.

Tegas Arif, lagipun Pendaftar Pertubuhan Malaysia telah mengeluarkan surat pengesahan bahawa Suhaili boleh kembali memegang jawatannya kerana masalah teknikal berkenaan telah diselesaikan sepenuhnya melalui proses undang-undang.

“Jika UMNO yang pernah diharamkan di mahkamah tidak menghormati Pendaftar Pertubuhan, siapa lagi yang akan hormat kepada UMNO?,” tanya Ariff menjelang sesi rakaman video di sebuah komplek membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur kelmarin.

Sehubungan itu, Arif yang menyatakan mendapat mandat 14 Ketua Cawangan UMNO Labuan telah menyatakan pendirian dan memberi altimatum kepada Presiden UMNO agar mengembalikan ketua mereka ke jawatan asal.

Menurut Arif, semua ketua cawangan Pro-Suhaili kesal kerana UMNO mengeluarkan dua kenyataan yang bercanggah iaitu menggantung sementara Suhaili (surat Tengku Adnan) dan menggugurkan Suhaili mengikut Seksyen 10.10 yang dibaca bersama Seksyen 10.16 Perlembagaan UMNO.

“Apakah MT UMNO perlu mengikuti kursus Bahasa Malaysia kerana menggunakan perkataan ‘gugur’ dalam Mesyuarat dan perkataan ‘gantung’ dalam surat?,” soal Arif yang jengkel dengan sikap MT UMNO yang menyimpang daripada dasar perjuangan parti dan menjadi ‘keldai pengangkut barang’ pihak tertentu di luar UMNO.

Sehubungan itu, Arif menggesa agar MT UMNO menyelesaikan segera isu pengguguran atau penggantungan jawatan Suhaili menjelang pilihanraya umum akan datang kerana mereka tidak akan teragak-agak membubarkan 14 cawangan UMNO Labuan dan memberikan sokongan kepada pembangkang bagi memastikan UMNO tumbang di Labuan.

Sebelum ini, Sabahkini.net melaporkan bahawa Suhaili mendedahkan ada ‘Tangan Ghaib’ yang sedang berusaha keras untuk menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak setelah mereka berjaya membius dan menjatuhkan Pak Lah suatu ketika dahulu.

Kenyataan Suhaili dibuat sebelum Raja Petra Kamaruddin membuat kenyataan di media perdana yang mendedahkan bahawa terdapat rancangan untuk menghalang Najib daripada menjadi Perdana Menteri setelah Pak Lah berundur.

“Saya agak kesal kerana Majlis Tertinggi UMNO mengambil masa yang terlalu lama dan menghukum saya sedangkan mahkamah dan Pendaftar Pertubuhan membenarkan saya memegang jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Labuan. Saya tidak tahu apa lagi yang mereka mahu buat terhadap saya,” ujar Suhaili yang agak terkilan kerana Majlis Tertinggi UMNO menjadikan alasan rayuan Pendakwaraya sebagai faktor penyebab beliau belum dibenarkan memegang kembali jawatannya yang digantung Majlis Tertinggi UMNO.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menegaskan bahawa jawatan seseorang pemimpin UMNO yang didakwa di mahkamah digantung sehingga proses perbicaraan selesai dan jika didapati tidak bersalah maka jawatannya akan dikembalikan.

Namun kata Presiden UMNO tidak dikotakan oleh Majlis Tertinggi UMNO kerana walaupun Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah memutuskan bahawa Suhaili telah dibebaskan daripada tuduhan Akta Kebankrapan pada 27 September 2010, namun Suhaili bagaikan dipasung mati kerana Majlis Tertinggi enggan membenarkan beliau memegang jawatan yang dimenangi secara sah.

“Memang ada tangan ghaib di dalam UMNO yang mengotorkan tangan Presiden UMNO, tapi belum tiba masanya untuk saya dedahkan; melainkan jika terpaksa,” ujar Suhaili mengulangi amarannya yang tidak teragak-agak untuk bertindak di sebaliknya jika masa hadapan politiknya cuba dimusnahkan./Sabahkini

2 comments:

Anonymous said...

why do we have to keep politician like Datuk Suhaili? As we know it he and his gang control Labuan like he was the King. every business opportunity was grabed by his stable of companies. It was a ticket to rob for being a politician. Check his record during his MP time. Stink! UMNO decision to drop him is good decision.

Anonymous said...

Are you the current MP supporter? ....sounds like it.....hahaha

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese