15 April 2011

BN tergugat?



Sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dijangka sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh berpihak kepada pakatan pada bila-bila masa.

Menurut sebuah portal berita alternatif, kerusi yang selamat untuk Barisan Nasional (BN) hanya 28 sahaja manakala 19 bakal dimenangi pembangkang. 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.

Daripada 71 kerusi yang dipertandingkan, BN setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatankuasa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS di sini.

Dr Dzulkefli yang juga bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP) berkata, maklumat itu hanya pandangan pemerhati politik, namun ia sesuai dengan sokongan masyarakat terhadap Pakatan Rakyat dan siap siaga pihak pakatan perlulah sentiasa.

"Najib memang tergugat, saya mendapat maklumat BN hanya boleh menang 43 kerusi yang mana mereka rasa betul-betul selamat, 17 kerusi milik pembangkang manakala 11 lagi menjadi pertarungan sebenar," ujarnya.

Tidak hairanlah, katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu bimbang sehingga beliau terpaksa turun sendiri berkempen di Sarawak.

"BN kini sedang memperkemas bala tentera, bukan jentera tetapi wang ringgit mereka," kata Dzulkefly lagi.

Turut serta pada sidang media itu ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat.

Pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini, semua kerusi ditandingi pembangkang termasuk Pakatan Rakyat iaitu PKR 47 kerusi, DAP 15 dan PAS 5, manakala Snap bertanding di 27 kerusi.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese