24 March 2011

Eskay : Saya Lurus, Bukan Homoseks Macam Saiful



Dalam keghairahan untuk memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay semalam mendedahkan bahawa pengadu kes liwat fitnah dua, Saiful Bukhari Azlan adalah pengamal hubungan seks sejenis.

Bagaimanapun ahli perniagaan itu menegaskan ‘beliau bukan seperti Saiful ” kerana telah mengerjakan umrah dan haji.

Saya telah menunaikan umrah dan haji. Saya rasa saya telah lama dipergunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya bukan macam Saiful, saya lurus saya bukan homoseks.

Eskay tidak mendedahkan sumber maklumatnya atau pun sama ada beliau mengenali Saiful secara peribadi. Beliau membuat kenyataan mengejut itu pada sidang akhbar semalam.

Ketika memberi keterangan di mahkamah bulan lalu, pakar kimia Seah Lay Hong mengesahkan kehadiran beberapa sampel DNA dari individu berlainan dalam dubur Saiful.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul menjelaskan bahawa fitnah video lucah diketengahkan ketika ini bagi memastikan UMNO mempunyai modal yang cukup untuk mengaibkan Anwar dalam menghadapi pilihanraya umum.

Ini kerana perbicaraan fitnah liwat terhadap Anwar mungkin akan selesai dalam sedikit masa dan UMNO akan ketandusan fitnah untuk menyerang moral ketua pembangkang itu.

"Pilihan Raya Sarawak makin dekat. Kes Mahkamah semakin hampir habis. Perlu ada isu berlarutan. Beberapa keputusan sudah tidak berpihak kepada kerajaan. Dan buku jingga pun dia orang (Kerajaan) dah tak larat nak berdebat. Jadi kena buat isu baru….kena cipta perkara lain,” kata Johari .

4 comments:

Anonymous said...

Andaian: Ini bermakna dalam tempoh 'puasa' itu, Sepol ada ehe-ehe dengan orang lain le.

man bihun said...

tak kan dah naik haji pun dok buat perangai menipu n putaq belit lagi kott???.....
kat kg aku ada jugak yg pi haji......tapi orang panggil dia haji selaput.......

kah kah kah

eurokopter said...

Kalau ia pun dah naik haji, kenapa sampai menjatuhkan aib orang lain....tak ke dia tahu yg mengaibkan orang lain itu adalah dosa yang amat besar sama ada benar atau tidak...kalau tak benar lagi lah besar dosa tu...Allah SWT juga pernah berfirman bahawa suara yang amat buruk dan dibenciNya adalah suara Keldai....Oleh itu jauhi lah diri dari jadi haiwan keldai.

Anonymous said...

Tidak semestinya seseorang yang telah menunaikan haji tidak jadi seorang yang munafik. Mamat ini seperti tak sabar untuk menerima dividen di Padang Mahsyar yang cukup lumayan sebagai pengusaha firma Finah Video.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese