24 March 2011

Anwar : Rahim Guna Umno Dan Video Fitnah Untuk Balas Dendam



Pengakuan bekas Menteri Besar Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa beliau seorang daripada pendalang video seks fitnah menzahirkan pembabitan Umno dalam konspirasi itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu berkata, pengakuan Rahim turut mencerminkan dendam yang disimpan terhadap beliau susulan perletakan jawatan Rahim sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Rahim terpaksa melepaskan jawatan itu selepas terpalit dengan tuduhan beliau merogol seorang gadis berusia 15 tahun – dakwaan yang disahkan oleh nenek gadis itu.

Pertuduhan terhadap Rahim itu bagaimanpun digugurkan kemudian oleh Peguam Negara atas alasan bukti tidak mencukupi sungguhpun ada kenyataan terbuka mangsa dan neneknya.

“Sekarang ini orang yang terlibat termasuk Tan Sri Rahim Tamby Chik yang dulu dikaitkan dengan kes rogol di Melaka. Walaupun tidak didakwa, kertas pendakwaan telah ditandangani sendiri oleh Tan Sri Ghani Patail (ketua pendakwaraya ketika itu),” kata Anwar.

“ Walaupun tidak didakwa, kes rasuahnya melibatkan puluhan juta, tetapi sekarang dia menjadi seorang tokoh moral baru, tetapi dia melakukan kesilapan kerana dia mendedahkan satu video yang direkayasa sebegitu rupa dan kemudian cubaan untuk mengaibkan orang semata-mata untuk membalas dendam,” tegas Anwar.

Rahim menyalahkan Anwar di atas peletakan jawatan itu. Semalam beliau mendakwa mendedahkan video itu kerana mahu menegakkan kebenaran tetapi kemudian mengimbas balik perletakan jawatannya dengan sekali lagi menunding jari kepada Anwar.

Anwar berkata pembabitan Rahim yang diangkat menjadi Pengerusi Risda dua tahun lalu oleh Perdana Menteri Najib Razak hanya menzahirkan penglibatkan Umno dan Perdana Menteri Najib Razak sendiri.

“Ini bagi saya memperkuatkan hujah kita dari peringkat awal, Umno memberi tahu mereka tidak terlibat. Sekarang Umno secara langsung terlibat.

“Ahli Parlimen Sungei Petani Datuk Johari Abdul malah menyebut bahawa kesediaan Rahim Tamby Chik bawa dia untuk menemui Datuk Sri Najib. Ini menunjukkan konspirasi peringkat tertinggi membabitkan Umno,” kata Anwar kepada wartawan di perkarangan komplek mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.

“Saya tidak tahu bagaimana Menteri Dalam Negeri boleh menafikan ini… Seorang daripada ahli (parti) mereka terbabit, begitu juga dengan PERKASA,” tambah beliau.

Semalam, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang keatas Anwar kerana mendakwa dirinya dan pihak polis terbabit dengan pita video seks itu.

Anwar berkata hakikat adalah walaupun Rahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim yang mengaku mengeluarkan video berkenaan beberapa jam selepas identiti mereka dibongkar oleh PKR, masih bebas dari tindakan polis.

“Malah, saya diberitahu mereka kini dilindungi (oleh pihak berkuasa atau polis cawangan khas),” kata Anwar.

Dalam pada itu, Anwar berkata tidak timbuil soal beliau di sebalik perletakan jawatan Rahim sebagai Ketua Menteri Melaka.

“Itu dendam dia (Rahim). Saya pada masa itu Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri. Saya tidak ada kuasa untuk mengugurkan dia sebagai Ketua Menteri, Itu kuasa Presiden Umno dan Perdana Menteri. Saya diarah untuk menyampaikan pandangan Dr Mahathir. Tentu Dr Mahathir kata dia lupa kerana dia menghidapi amnesia atau peringatan terpilih” kata Anwar.

Anwar berkata beliau tidak kesal dalam melaksanakan tanggungjawabnya dahulu walaupun terpaksa menghadapi fitnah dan dendam Rahim Thamby Chik sekarang.

“ Saya tidak merasa kesal atau salah kerana meminta beliau meletakkan jawatan walaupun saya tahu bidang kuasa saya tidak sehingga boleh minta mana-mana menteri atau ketua menteri untuk meletak jawatan. Ini semua orang tahu. Anda tanya Mahathir tentu dia tidak ingat,” tegas Anwar.

“Saya cuma menyampaikan pembabitan Dr Mahathir (Mohamad). Saya tidak tahu jika Mahathir mempunyai amnesia terpilih,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Dendam itulah yang menyebabkan iblis tersingkir dari syurga dan diberi permit untuk menyesatkan anak-anak Adam sehingga kiamat. RTC dan gengnya dah jadi anggotanya dan bakal menerima dividen lumayan di Padang Mahsyar kelak sebagai pemilik yang membangunkan firma Fitnah Video berkenaan.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin