09 January 2011

Protes Desak Tarik Balik Buku Interlok



Sekumpulan individu seramai 30 orang melakukan protes aman di hadapan dewan Majlis Perbandaran Klang mendesak agar buku Interlok ditarik balik daripada dijadikan buku teks persekolahan Tingkatan 5 kerana didakwa boleh mencetuskan kontroversi isu perkauman.

Sebelum ini Persatuan Penulis Nasional (Pena) tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha mahu meminda atau menarik balik buku teks sastera Interlok tulisan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain setelah 40 tahun digunakan sebagai tulisan sastera.

Laporan semalam menyebut,Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan Jawatankuasa Khas Kementerian Pelajaran bagi mengkaji semula penggunaan novel Interlok sebagai buku teks subjek sastera mulai tahun ini.

Menurut Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi, kajian itu perlu dilakukan secara serius supaya penggunaan novel itu tidak mendatangkan pelbagai masalah terutamanya membabitkan keharmonian kaum di negara ini.

Menurut Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud berkata buku ini perlu ditarik daripada menjadi buku teks persekolahan kerana ia mengguris perasaan masyarakat India.

"Tetapi bagi orang biasa dan orang India apabila dia baca akan terguris hati dia , kalau lah begini kita perlu menghormati perasaan Orang India ," katanya.

Justeru, Tambah Dr Mariah buku Interlok tidak sesuai untuk dijadikan buku teks persekolahan kerana akhirnya nanti membentuk pemikiran yang salah di kalangan pelajar yang membaca buku tersebut.

" Apa yang mereka minta ialah buku ini tidak dijadikan buku teks,boleh dijual sebagai buku novel hebat tetapi tidak dibaca di sekolah-sekolah kerana boleh membentuk pemikiran kepada murid-murid yang membaca," katanya.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese