01 March 2010

Anwar: Saya tak akan kembali ke penjara



Menghadapi perbicaraan kes liwat kali kedua, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau tidak akan berjaya diheret merengkok dalam penjara lagi.

"Sekarang ini, program-program di Pulau Pinang, Kedah dan Perak, semua berjalan tanpa saya. Dan saya tidak akan masuk penjara.

"Tiada sebab untuk mereka menghantar saya kembali ke penjara. Atas alasan apa?” katanya ketika ditanya kemungkinan keputusan mahkamah tidak memihak padanya.

Selepas sepuluh tahun, Anwar kini sekali lagi berhadapan dengan tuduhan liwat yang didakwa dilakukan terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Perbicaraan kes yang dianggap berprofil tinggi itu mendapat perhatian pelbagai pihak dalam dan luar negara. Keputusannya nanti juga akan dianggap bakal menentukan karier politiknya dan masa depan pakatan pembangkang.

Dalam wawancara ekslusif dengan Malaysiakini minggu lalu, Anwar turut ditanya tentang asas kenyakinannya itu sedangkan beliau dalam masa yang sama mendakwa terdapat 'konpisrasi' bagi menjatuhkannya.

“Saya tidak tahu tentang memenangi kes, tetapi mereka tidak dapat mendakwa tanpa mengadakan bukti perubatan.

"Jika mereka memutuskan meneruskannya tanpanya, ia akan menjadi tidak mudah (bagi mereka),” jawab Anwar.

Beliau yang juga ketua umum PKR berkata, parti itu dan gabungan pembangkang akan terus bertahan kalaupun beliau terpaksa menghabiskan karier politiknya di sebalik gerigi besi.

“Sudah tentu orang bercakap tentangnya (kelangsungan parti). Tetapi saya terpinggir (dalam penjara) selama enam tahun dan semuanya berjalan seperti biasa,” katanya.

Anwar juga berkata, walaupun menjadi tokoh utama dalam PKR dan Pakatan Rakyat, pemimpin-pemimpin lain dalam pakatan pembangkang masih dapat mengumpulkan sokongan dalam program-programnya.

"Tetapi kadangkala mereka mahu tarik sokongan lebih ramai, jadi OK, saya boleh lakukannya,” katanya sambil ketawa kecil.

Ketika diwawancara selama kira-kira satu setengah jam di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Anwar turut mengulas mengenai perbezaan antara gaya pentadbiran perdana menteri sekarang Datuk Seri Najib Razak dan sebelumnya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau turut menyentuh tentang peranan isteri perdana menteri Rosmah Mansor yang sebelum ini dilaporkan menafikan menjadi 'tangan ghaib' kepada perdana menteri. Mkini

Fairus Bukan Perkara Besar - Anwar



Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan bekas Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin keluar parti, bukan perkara besar.

Beliau dipercayai merujuk kepada banyak masalah membabitkan kepentingan negara yang perlu diberi perhatian berbanding gelagat pemimpin yang tidak tahan dengan dugaan perjuangan.

"Adakah itu perkara besar?"

Begitu jawapan Anwar ketika ditanya sekumpulan pemberita di Mahkamah Persekutuan Putrajaya apabila diminta mengulas tindakan bekas ADUN Penanti itu.

Dalam pada itu, tindakan Fairus belot dari memperjuangkan dasar Parti Keadilan Rakyat (PKR) nyata tidak mengejutkan pimpinan parti itu.

Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman berkata, menyifatkan tindakan itu sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Umno-Barisan Nasional untuk menguburkan PKR.

Bagaimanapun katanya, Fairuz bukanlah kehilangan besar dalam PKR, malah PKR tidak terjejas dengan tindakan itu.

2 Panel Hakim Tarik Diri, Permohonan Anwar Ditunda



PUTRAJAYA : Dua daripada tiga hakim Mahkamah Persekutuan menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes saman fitnah beliau terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hakim Datuk Zulkifli Ahmad Makinuddin dan Datuk Hashim Yusoff berbuat demikian selepas peguam, Karpal Singh meminta mereka berbuat demikian kerana terlibat dalam perbicaraan mengenai pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Meneteri sebelum ini.

Panel tiga hakim Mahkamah tertinggi Negara dijadual mendengar rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan menolak saman fitnah Anwar terhadap Mahathir sebelum ini.

Anwar menfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Mahathir kerana mantan perdana menteri it terus menfitnah beliau setelah memecatnya dari kerajaan dan umno pada tahun 1998.

Saman fitnah itu ditolak oleh Mahkamah Rayuan atas alas an ia tidak difailkan dalam Bahasa Malaysia.

“Hari ini kami membuat satu permohonan untuk dua hakim, Datuk Zulkifli dan Datuk Hashim Yusoff untuk menarik diri sebagai hakim perbicaraan hari ini.

“Kerana dalam kes Tun Dr. Mahatir memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, dalam kes itu kedua-dua menarik diri dan adalah lebih baik kedua-dua hakim ini berbuat demikian dan hakim ini bersetuju dan oleh itu kes ini akan ditangguh barangkali pada minggu depan untuk mendapat dua hakim lain,"katanya.

Hakim Tan Sri Ariffin Zakaria menangguhkan prosiding sehingga minggu hadapan bagi menggantikan tempat 2 panel hakim itu. TVS

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese