Ekoran daripada kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz membuat kenyataan media berhubung jawatan TPM, maka ada pihak yang tak puas hati.
Dalam kenyataan Tuan Guru itu antara lain menyebutkan:
“Isu pembahagian harta pusaka biasanya hanya didebatkan apabila seseorang sakit teruk atau sudah meninggal dunia. Sekalipun tidak salah, namun jarang sekali isu pembahagian harta pusaka timbul dalam keadaan seseorang dalam keadaan sihat sejahtera. Demikianlah juga apabila isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri... “ [baca teks penuh]
Lalu pihak berkenaan (saya yakin mereka adalah gerombolan pemutar skru driver pemfitnah musuh Tuan Guru) memutar isu itu dengan niat provokasi malah menyebar fitnah pula terhadap Tuan Guru kononnya Tuan Guru sebenarnya sakit tenat dan dimasukkan ke ICU. [baca putaran fitnah]. Mungkin cara pihak berkenaan cuba menjatuhkan harapan rakyat kepada PAS atau ia suatu tanda gerak hati pihak tertentu sebagai tanda dekat dengan pilihan raya umum yang bakal diisytiharkan oleh PM . Hakikatnya Tuan Guru sihat, sekadar perlu rehat adalah perkara biasa.
Sebenarnya, kenyataan Tuan Guru itu sudah ada pihak yang bimbang dan risau dengan penegasan prinsip yang selama ini telah mencorakkkan imej ke-Islam-an parti PAS bersama Pakatan Rakyat. Antara pihak paling bimbang dan terasa tercabar malah bakal rugi besar bila rakyat yakin dengan PAS ialah UMNO!
Semoga Allah SWT yang maha berkuasa menentukan masa depan ummah ini memberi hidayah agar pihak yang belum menerima prinsip kepimpinan Islam dapat menerimanya.
greencresent-wanibrah.blogspot.com/
2 comments:
Wanibrah: Terima kasih atas keperihatinan tuan. Doakan agar TG NA Mursyidul Am PAS sihat berpanjangan. InsyaAllah.
Jika benar Dato Nik Aziz sedang sakit...sama-samalah kita berdoa untuk beliau supaya segera sembuh!
Post a Comment