09 November 2010

Saya Sedia Undur - Anwar



Pandangan Datuk Zaid Ibrahim supaya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali berundur merupakan pandangan peribadi beliau dan bukannya pandangan pimpinan parti secara keseluruhannya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen petang tadi berkata jika perkara itu dibuat secara konsensus maka ia boleh dipertimbangkan.

"Ini kali pertama, saya mendengar pandangan beliau dan saya tidak perlu layan desakan tersebut," ujar beliau.

Zaid calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berhasrat menarik diri pagi tadi dalam satu sidang akhbar mendesak Anwar dan Azmin supaya meninggalkan parti itu untuk menyelamatkan keadaan.

3 comments:

Anonymous said...

By all means sir, please leave the party now because you are pain in the ass

Anonymous said...

i lose my respect for Dato Zaid

Anonymous said...

Ya saudara Anwar, sudah sampai masanya saudara undur diri atas kegagalan saudara memimpin Parti dengan baik; lagi pun, tak macho kalau sentiasa bersembunyi dibelakang kain isteri yang menjadi Presiden Parti. Kalau saudara undur, saudara Azmin nak pergi kemana? Ha Ha Ha, itu menunjukkan ceteknya kepimpinan dalam PKR.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin