26 November 2010

Lambakan hartanah cecah RM5.3 bilion



Negara kini sedang menghadapi masalah lambakan hartanah yang berjumlah RM5.3 bilion dalam tempuh suku ketiga tahun ini, kata Ahli Parlimen PAS dari Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Lambakan yang beliau maksudkan ialah sebanyak 20,286 unit perumahan, 5,450 unit kedai dan 619 unit industri berada dalam pasaran dalam tempuh suku tahun ketiga sahaja.

"Daripada 6,401 unit perumahan baru yang dilancarkan pada suku ketiga tahun ini berbanding 14,588 unit yang dilancarkan pada suku tahun sebelumnya hanya 20.2 peratus yang dapat dijual," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Di samping itu katanya, laporan Kementerian Kewangan menyebut 44,954 unit perumahan, 4,605 kedai dan 794 unit industri sedang dalam pembinaan dalam suku tahun ketiga tahun ini

Sementara itu, projek yang diluluskan untuk pembinaan dalam tempuh yang sama pula ialah sebanyak 14,993 unit perumahan, 1,011 unit kedai dan 872 unit industri.

Peratus hartanah tidak terjual meningkat

Menurut beliau, Pusat Maklumat Hartanah Kebangsaan melapurkan hartanah yang tidak terjual meningkat kepada 22.6 peratus dalam suku kedua tahun ini berbanding 19.5 peratus dalam suku keempat tahun lalu.

"Untuk Kuala Lumpur, hartanah tidak terjual telah meningkat kepada 16.1 peratus dari 15.8 peratus manakala Selangor meningkat kepada 14.6 peratus berbanding 12.4 peratus.

"Apabila pembangunan siap ia juga menunjukkan kadar kekosongan kekal 50 peratus atau lebih tinggi," katanya.

Dr Zulkefly berkata, manakala hutang isi rumah juga meningkat kepada 76 peratus antara 2004 dan 2009 menjadikan yang tertinggi di Asia selepas Jepun.

Bagaimanapun, katanya, pendapatan per kapita Jepun ialah US32,700 atau kira-kira RM8,000 sebulan pada 2009 manakala pendapatan Malaysia ialah cuma sekitar RM2,000 sebulan.

"Ketika harga barangan meningkat mendadak, ekonomi negara dalam keadaan tidak menentu," katanya.

Beliau berkata, jika dicampur semua sekali seperti sewa beli rumah, pinjaman kereta, pinjaman peribadi seperti kad kredit dan kad debit ia berjumlah RM560 bilion seperti dilapurkan Bank Negara pada 31 Ogos lalu. FMT

1 comment:

Kak Mahh said...

Macam mana nak laku rumah di KL,mahalnya yang amat..

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese