11 November 2010

Bukan Melayu Tidak Patriotik: Zahid Tak buat Kajian



Setiausaha Agung Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Ann Wan Seng tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa masyarakat Cina dan India tidak terlibat dalam bidang ketenteraan adalah disebabkan kurang semangat patriotisme.

Beliau menegaskan, Zahid tidak sepatutnya menilai semangat patriotisme masyarakat Cina dan India berdasarkan persepsi tanpa membuat sebarang kajian.

"Kita tak sepatutnya mempersoalkan semangat cintakan negara. Sebab kita punya semangat terhadap negara kita. Ini sepatutnya tidak timbul. Saya rasa beliau(Zahid) tidak mendapat maklumat dan gambaran sebenar tentang kedudukan orang Cina dan India itu sendiri yang punya pemikiran, perwatakan yang berbeza dari kaum lain," katanya semasa dihubungi TV Selangor, beliau juga memberitahu bahawa masyarakat Cina dan India dan kaum-kaum lain di Malaysia mempunyai kecenderungan berbeza.

Bagi beliau, apa pun bidang yang diceburi, tidak mampu menggambarkan tahap semangat cintakan negara.

"Mereka tidak berminat menyertai dalam bidang kepolisan dan ketenteraan kerana mereka cenderung dengan lapangan kerja yang lain yang lebih menjamin masa depan mereka. Jadi ini tidak ada kaitan dengan patriotisme, tidak ada kaitan tentang cinta pada negara atau tidak. Tapi banyak disebabkan oleh minat dan orentasi masyarakat yang berbeza dengan kaum lain," katanya lagi.

MIC juga mengambil pendirian yang sama dengan MCA sambil menegaskan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak wajar mendakwa semangat patriotisme yang belum cukup tinggi di kalangan bukan Melayu sebagai punca orang Cina dan India tidak berminat menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Saya sebagai seorang pemimpin masyarakat, sedih dengan kenyataan ini, lebih-lebih lagi daripada seorang lagi pemimpin masyarakat dan negara,” Datuk Dr Subramaniam, Menteri Sumber Manusia.

Manakala sebelum itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyatakan, tindakan sedemikian hanya akan memudaratkan usaha memperbaiki keharmonian kaum.

Semalam Zahid Hamidi di Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab berhubung soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Setiu, Mohd Jidin Shafee berhubung perangkaan rekrut terbaru tentera sejak dua tahun kebelakangan ini dan pecahan jumlah itu mengikut bangsa.

Zahid sebelum ini berkata 9,054 pegawai dan anggota lain-lain pangkat diserapkan ke ATM sejak dua tahun lalu, berbanding 14,749 yang direkrut pada 2006 hingga 2008.

Sepanjang 2008 hingga 2009, seramai 8,151 orang atau 90 peratus adalah berbangsa Melayu, 26 orang atau 0.29 peratus adalah Cina, 82 orang atau 0.91 peratus India manakala 795 atau 8.8 peratus adalah bangsa-bangsa lain termasuk kalangan bumiputera dari Sabah dan Sarawak.

7 comments:

Anonymous said...

Zahid Hamidi guris perasaan kalangan Cina dan India!! Mana ada masa Mamat ni nak buat kajian? Dia sibuk dengan pelaburan saham yang dah tak untung.

Anonymous said...

Apa yg Zahid Hamidi katakan adalah tersangat betul. Ini fakta... Cina dan India tak minat buat kerja bahaya ni nak pertahankan negara. Apasal bila menteri Melayu cakap benda betul, di dianggap sebagai racist, bila hamlau DAP dan PKR cakap benda bukan bukan dan guris perasaan Melayu...semua diam dan tak apa pulak. Walaupun benda yg dikatakan Zahid tu pahit, tapi terima lah wahai bukan Melayu sebagai kebenaran. Tak payah nak berpura pura.... satu Malaysia tau benda ni, tak payah le buat kajian.

Anonymous said...

Ada juga orang yang sokong Zahid ya!
Ini mesti orang suruhan General ATM terutama nya PAT yang dah bagi salah maklumat pada menteri. Cuba lah saudara ku kerana kebenaran nya memang wujud diskriminasi. Yang bijaksana mana mungkin menerima keaadaan sedemikian kerana peluang tak sama rata. Jadi jangan reka cerita pasal patriotik!!! pooraaah..
Tetapi apa nak buat Menteri pun lopong maka terima sahaja lah kena hentam.

Aki44 said...

Iblis bukan berseorangan, ramai anak2 n cucu cicitnya memberi sokongan.

Anonymous said...

anak-anak bapak menteri pun tak patriotik la.. ada ke anak pak menteri yang masuk tentera... termasuk yang bercakap orang tak patriotik...

Neutronboy said...

Oh kalau macam uh, bagamaina kita boleh mengukur semangat patriotisme kaum Cina dan India secara konkrit? Seperti Melayu ini mereka dinilai melalui pennghormatan kepada raja2 Melayu sebagai ketua negeri dan negara, penggunaan bahasa Melayu dalam keehidupan seharian dan penyertaan ATM. Tapi bagaimana nak pastikan rasa cinta dan taat setia kaum lain kepada raja2 melayu dan negara ini?

Anonymous said...

Jangan di sangka dalam PAS tiada iblis.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese