09 November 2010

Anwar & Azmin Mesti Berundur - Zaid Ibrahim



Zaid tidak akan keluar PKR

Datuk Zaid Ibrahim menegaskan tetap setia bersama ahli PKR dan tidak akan meninggalkan parti yang disertai sejak lapan bulan lalu itu.

Menurutnya, apa yang beliau mahu ialah PKR mesti dibersihkan dan perlunya ada tenaga atau pemimpin baru untuk menyegarkan parti.

Justeru, beliau menggesa Ketua Umum PKR dan Naib Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali supaya berundur daripada memimpin parti kerana didakwa menjadi punca terhadap permasalahan yang berlaku.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang meletakkan semua jawatan dalam PKR semalam menyatakan demikian pada sidang media di kediamannya di Tropicana, di sini, sebentar tadi.

Beliau turut memaklumkan mempunyai bukti terhadap apa yang didakwa berlaku penyelewengan di dalam Pemilihan PKR 2010.

Zaid yang mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden parti semalam juga memberitahu mempunyai bahan bertulis dan bergambar berhubung perkara itu.

Sehubungan itu, beliau turut menggesa Azmin agar menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

5 comments:

perigibakti said...

Elok zaid tubuh parti sendiri baru boleh jadi presiden. Baru bertandang 8 bulan dah nak halau tuan rumah apa jenis orang macam ni, fikirlah sendiri..

otaklunyai said...

Takkan sampai macam tu. Belajar2 lah menghargai sumbangan dan pengorbanan orang lain. Kalau disusur kembali sejarah tertubuhnya PKR dari sekeping kertas pendaftaran sehingga mendapat sokongan berjuta rakyat.. janganlah rosakkan.

Kalau diri sendiri nak berundur, berundurlah. Jangan pula mencemoh orang lain. Bukan nak menyokong sesiapa tetapi kalau begilah kata2 yang keluar dari mulut zaid... ini tak baguslah.

Kalau sama2 duduk berunding tak boleh ke... masing2 ada aspirasi, ada ilmu, ada pengalaman dan ada matlamat dalam perjuangan. Takkan nak rosakkan semuanya disebabkan perkara yang boleh dirundingkan... mana letak keikhlasan dan akal-budi.

Demokrasi2 jugaklah tapi janganlah sampai mengenepikan sumbangan orang lain...

Kata melayu jugak... mana sifat hormat-menghormati... atau ada agenda lain.

Anonymous said...

Tuan blog...
Jika itu ayat Datuk Zaid...elok la tubuh parti sendiri...jadi presiden...itu kalu ada yg nak join. Pigirah...baru masuk PKR, Prk HS pun kalah...tetiba nak jadi orang nombor 2. Deiii sendiri parti bikin laa.
Kepada yg anti anwar....hentam lah dia kuat2. Biar kena hentam dari luar dan dalam. Lagi senang. Baru mudah BN dapat balik 2/3 PRK13. Harap PAS harap DAP saja setakat kekal berkuasa di Kelantan, Kedah, Penang boleh la Bro...
Kepada Datuk Zaid kalau dah merajuk tak payah lah ikut PKR lagi.kenang la jasa orang lama....ini bukan syarikat nak ambik mcm beli share.

Anonymous said...

Anwar kamcing dengan Azmin walau pun keluarga Anwar sendiri tak percayakan Azmin. Ini bab sudah tak boleh usek - Wan Azizah, hendak tak nak terpaksa ikut saja. Jadi PKR tu hanya merupakan apa yang Anwar mahu - itu saja dan Anwar dikelilingi oleh pengampu pengampu atau "yes men". Jadi buat apa lah nah duduk dalam PKR tu - benda dah hampir busuk dah! Buat lah parti baru, InsyaAllah ramai yang ingin memperjuangkan Malaysia baru dan society leaders akan sokong kamu. Kalau kamu duduk dalam PKR kamu akan di cemoh sahaja. Buat apa? Apa gunanya duduk bawah Anwar, Azmin dan geng geng sulit mereka?

batubara said...

bro anwar yg dihormati.........

jangan berundur........jangan berundur....jangan berundur........

biarkan zaid ngan asri terjun dgn labu-labunya.......

depa bukan boleh tengok bro senang ke susah ke payah ke.......depa tak ada vision sebenaqnya....

awat?? depa ada alternatif ke ??.....nak ganti sendiri kot??

depa nie bukan ada 'class....cuma cari popolariti......tapi tak 'reti'......

bro, dah teruji dengan pelbagai mehnah dan fitnah........kalau depa kena mcm bro kena....dah lama depa lunyai.......pagaq jarang pun depa tak pernah merasa lagi.....lebam mata pun dak lagi.......usung tilam pun dak lagi........
depa masih sedap bertilam 'empuk' diulit mimpi nak 'potong' jalan laa tu........

rupanya depa belum sedaq kediri lagi.......

selamat terus 'memimpin' bro...
kami di belakang sentiasa membantu.....
jangan dengaq cakap 'hantu-hantu' belaan ubn dan grombolan.......selamat berjuang.........
selamat terus 'memimpin' bro...
kami di belakang sentiasa membantu.....
jangan dengaq cakap 'hantu-hantu' belaan ubn dan grombolan......

pi laa join ngan puak-puak katak yg tak pernah 'beteloq' tu......jng dok jadi 'duri' rokam tikam belakang........

depa nie yg dok suruh orang berundoq tu betoi-betoi kucing korap.....orang ambik basuh depa elok-elok.......tokak orang balik........apa punya jenih menesia depa nie haaa???

selamat berjuang bro anwar.........
kah kah kah

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin