Dr Azman Ibrahim
"Idris Jusoh tak tanya khabar orang Kelate ko sebelum jemput penceramah?" Itulah reaksi sahabat-sahabat di Kelantan setelah tersiarnya artikel saya berhubung ceramah anjuran Umno Besut pada 1 Oktober lalu yang diisi dengan acara maki hamun oleh seorang hamba Allah bernama Abdullah Sa'amah yang diundang khusus sebagai penceramah jemputan. "Ajaklah kerap sikit Haji Loh ni pergi ceramah di Besut, biar Umno Besut lagi cepat lingkup." Komen seorang lagi sahabat. "Sebab apa pulak tak boleh mari, bukankah dia Tok Guru, mulut Tok Guru ni masin, cakap dia orang percaya." Sindir saya dalam rangka nak memancing sahabat ni bercerita lebih lanjut. "Tok Guru Haji Loh ni, Umno Kelantan pun dah tak bagi ceramah, lagi dia ceramah, lagi orang benci ko Umno. Sebab tu, amat tak cerdik Idris Jusoh jemput hamba Allah ni mari ceramah." Panjang lebar sahabat saya bercerita. "Ooh... begitu rupanya duduk perkara." Saya mengiyakan perkara yang sebenarnya saya sudah dengar sebelum ini. Tapi kali ini, terang lagi bersuluh.
Sahabat baik saya, blogger Cina Islam, YB Drs Khalil Idham Lim, Adun Titi Serong mengirimkan pesanan. "Saya akan jawab dalam ceramah di Setiu esok (4 Oktober) siapa sebenarnya gila dan siapa sebenarnya pengkhianat yang mengadaikan bangsa dan negara, DAP atau Umno!" Ujarnya merujuk kepada program ceramah umum anjuran Pas Kawasan Setiu di Sungai Bari, Langkap malam esok.
Naib Presiden PAS, YB Mahfuz Omar yang ditemui oleh editor Buletin Online, Saudara Sazali Mohd Noor mengulas bahawa tidak ada salahnya memberikan tanah kepada orang Cina atau bangsa lain yang berhak kerana mereka juga adalah rakyat di dalam negara ini. Kewajipan pemerintah untuk memberikan keadilan kepada semua rakyat. Memaki orang lain dengan perkataan gila adalah perbuatan biadap dan tindakan orang yang kehabisan modal.
Ternyata Umno bukanlah wadah perjuangan untuk mereka yang dengan maaf saya ingin panggil 'ulama'. Di mana Dr Yusof Noor, Dr Hamid Osman, Dr Mashitah Ibrahim, Abdul Hamid Zainal Abidin, Jamil Khir Baharom, Haji Ghazali Ahmad, Abdul Latif Mohamad yang terkenal dengan program STP (Selamat Tinggal Pas), Nakha'ie Ahmad dan ramai lagi. Kesian mereka...
drazmanibrahim.blogspot.com/
2 comments:
meme doh de namo amno gak meme xcerdik, puloktu wat ceramah kt sekolah..kwah3x
MEME MENO BESUT AMAT2 XCERDIK.BELOM NI PONG CERAMAH SIAPA ANWAR WAT KAT KG RAJA...LEBONG LEBONG PALOWOK BELAKO...
Post a Comment