05 October 2010

Penceramah biadap, Umno Besut digesa mohon maaf

Dakwa Nik Aziz ‘gila’, PAS mahu Umno Besut minta maaf - themalaysianinsider
'Tok Guru Gilo' ; Umno Besut DiBeri Tempoh 24 Jam - buletinonline

PAS Kawasan Besut memberikan tempoh 24 jam kepada Umno bahagian memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai Tok Guru ‘gilo’ (gila).

Ini kerana penceramah jemputan Umno bahagian berkenaan dalam dalam ceramahnya bertajuk ‘DAP Anti Islam’ di Padang Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh pada 1 Oktober lalu menggelarkan Mursyidul Am PAS itu ‘gilo’ berulang kali.

Sekiranya, Umno Bahagian Besut gagal berbuat demikian sehingga jam 12 tengah hari 5 Oktober (Selasa), maka PAS kawasan tidak akan teragak-agak mendapatkan nasihat peguam bagi mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak terbabit.

Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad (gambar) dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini berkata, pihaknya telah meneliti kandungan ucapan penceramah jemputan itu, Abdullah Sa’amah yang dianggap biadap.

“Kami telah mengambil kira dan meneliti laporan kandungan ucapan yang dibuat oleh penceramah jemputan, Abdullah Sa’amah yang memaki hamun, mencerca, menghina dan menggelarkan Menteri Besar Kelantan itu dengan kalimah yang amat biadap dan penuh prejudis.

“Beliau (Abdullah) menggelarkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Tok Guru ‘gilo’ (gila) dan diulang berkali-kali,” katanya.

Menurutnya lagi, situasi tersebut tidak mungkin berlaku sekiranya penganjur program tidak mewarnai emosi serta pemikiran penceramah ke arah suatu bentuk ketegangan kepada isu keagamaan dan perkauman.

Justeru itu, katanya PAS Kawasan Besut juga akan menghantar nota bantahan kepada pengurusan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPN) kerana membenarkan premis sekolah digunakan oleh parti politik.

Menurutnya, parti politik berkenaan secara jelas mempunyai tendensi serta kecenderungan memupuk budaya liar dan samseng di kalangan masyarakat setempat. Hrkh

3 comments:

Anonymous said...

Ya kan. Biasanya orang UMNO yang aje yang asyik mendengar orang PAS, PKR dan DAP yang mancaci pemimpin UMNO dgn berbagai gelaran dan maki hamun. Kini, barulah tahu betapa tak seronoknya bila orang buat keatas kita.. tu baru cakap gilo. Ingat pulak bagaimana PAS panggil Tun, mahafiraun, kerling dll..

Kekadang tu Allah nak tunjuk jugak ya kat kita supaya cermin diri ya.

Anonymous said...

assalamualaikum...
lebai, kalo kena kat puak2 ang, ang tau plak nak melenting no??! masa kata kat orang, tak ingat dunia..
islam la konon

Anonymous said...

mcm la PAS x penah mcaci org dlm ceramah die..
x thn kene kutuk ke?

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin