28 October 2010

Isytihar rumah di Galas

Dr Zulkefli Mohamed hari ini menyangkal dakwaan tidak berasas Umno bahawa beliau bukan merupakan penduduk tempatan. Kenyataan demikian dibuat pada majlis pengisytiharan kediaman beliau di Taman Kesedar Putra di Galas pagi ini.

Beliau kini menyewa di sebuah kediaman dua bilik di Lot 158, Jalan Putra 3. Rumah sederhana di kaki bukit di Galas ini dihuni beliau semenjak awal tahun ini bersama isteri tercinta dan anak mereka, Nur Amni Qistina. Rumah yang serba sederhana ini menjadi tempat persinggahan beliau yang sering berulang alik ke Chiku.

"Saya memang memiliki sebuah klinik persendirian di Chiku 3 dan rumah sewa di sini. Jarak dari Chiku ke Galas pun tidak jauh. Apa perlu dihairankan, Ku Li pun menetap di Kuala Lumpur," tegas beliau menolak faktor jarak memberi masalah kepada beliau.

"Saya sedia berkhidmat sebagai wakil kepada rakyat secara sepenuh masa. Jadi operasi di klinik boleh diuruskan oleh orang lain dan itu tidak menjadi masalah pun."

Majlis yang dihadiri oleh wakil-wakil media turut memberi peluang menemuramah beliau berhubung beberapa isu yang dimainkan Umno seperti isu peribadi dan fitnah yang tidak berasas yang dilemparkan kepada beliau.

Bagaimanapun Umno sudah kehilangan peluru kerana setiap tembakan mereka tersasar. Terkini isu yang dimainkan bahawa beliau bukan orang tempatan adalah tidak benar.

" Isu ini tidak memberi kesan kepada saya. Namun sebagai orang yang melibatkan diri dengan kerajaan, kita kena ambil peduli setiap isu dan cuba selesaikannya. Alah bisa tegal biasa."

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese