27 October 2010

Galas: Kerajaan Negeri akan selesai Isu Tanah



Cadang tubuh Urusetia Orang Asli

Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed berhasrat membawa cadangan mewujudkan Urusetia Orang Asli ke peringkat kerajaan negeri sekiranya memenangi pilihanraya ini.

"Insya Allah saya akan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan agar mewujudkan sebuah urusetia yang boleh membantu memajukan masyarakat orang asli di Kelantan", kata beliau dalam sesi sidang media di Markaz Besar PAS pagi tadi.

Terdapat sekitar 8,000 orang asli di seluruh Kelantan yang mendiami Kuala Krai, Gua Musang dan Jeli. Masyarakat ini bagi beliau harus dipantau dan diberi kemudahan mencukupi sebagaimana yang diperlukan mereka.

Beliau yang sudah biasa dengan masyarakat tersebut dan pernah beberapa kali menemani arwah Che Hashim menguruskan mereka, sudah faham keperluan masyarakat tersebut.

Bagi beliau, perkhidmatan cemerlang yang diberikan oleh arwah akan beliau teruskan sekiranya diberi peluang menggalas amanah sebagai Yang Berhormat di sini.

Beliau turut menyatakan, sebagai wakil PAS, beliau akan memastikan segala perancangan PAS dan kerajaan negeri berjalan dengan baik.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese