09 October 2010

DAP Anti Islam; Satu Fitnah dan Dusta - Lim Kit Siang



Sekiranya Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu anti Islam, tentulah semua ahli dan pimpinan DAP telah dimasukkan ke dalam penjara kerana Islam adalah agama rasmi yang termaktub dalam perlembagaan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata sekiranya DAP anti Islam, Dato' Seri Hishamudin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri mestilah mengambil tindakan.

"Kalau DAP anti Islam, kita semua sudah masuk dalam penjara, oleh kerana Islam agama rasmi (dalam perlembagaan), (Dato' Seri) Hishamuddin sebagai Menteri Dalam Negeri perlu mengambil tindakan, tetapi kita tahu ia (DAP anti Islam) tidak benar,

"tetapi dia (Hishamuddin) benarkan Umno Besut mengadakan ceramah yang begitu tidak bertanggungjawab,"jelasnya.

Lim berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Makan Malam dan Dailog Bersama Pemimpin Pakatan Rakyat yang diadakan disebuah hotel disini semalam 8 Oktober.

Menurutnya sikap Hishamuddin membenarkan ceramah itu diadakan menunjukkan beliau bukan seorang yang mempunyai prinsip

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata Umno begitu terdesak sehingga sanggup menggunakan isu perkauaman dan isu sensitif.

Katanya, politik perkauaman dan sensitif yang diamalkan oleh Umno adalah satu politik merbahaya yang boleh mnganggu gugat keharmornian hidup rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini.

"Dan, ini adalah cara politik yang berbahaya, satu politik terdesak (desperado), Umno begitu terdesak sehingga rela untuk merosakkan keharmonian negara kita,

"ini (DAP anti Islam) tidak benar, ini satu fitnah dan dusta,"tegasnya. BO

2 comments:

Unknown said...

aku cuma rasa tidak senang..dan selalu bertanya kenapa keturunan lim kit sial ni di lahirkan di malaysia...
kenapa keturunan pendatang cina ini tak dilahirkan di singapork.
meluap-luap rasa benci aku bila pandang muka kominis ini.
tolongggg lahh..jangan letakan gambar saki baki kominis dalam blog2 pro kerajaan.

Anonymous said...

Putera.makasar adalah contoh manusia melayu yang telah termakan propaganda media kawalan BN/UMNO. Betapa jijiknya dia kepada pemimpin DAP sehinggakan dia tidak dapat membezakan ideologi DAP dan parti Komunis yang sudah lama berkubur. Hebatnya perang saraf terhadap parti pembangkang sehinggakan begitu sekali bencinya seseorang yang berjaya diperbodohkan terhadap parti lawan UMNO/BN.

Wahai putera.makasar, tahukah kamu Malaysia ini mengamalkan sistem demokrasi? Ini bermakna sesiapapun boleh bertanding untuk menerajui pimpinan negara. Pihak yang menang itulah yang memerintah tetapi di malaysia, yang menang menggunakan segala kuasa yang ada bagi menindas pembangkang, termasuk mengapi-apikan semangat perkauman dan menfitnah pihak lawan! Ini perbuatan tidak bertamadun dan sangat keji. tetapi kamu sedarkah semua ini?

Berhentilah menjadi tidak siuman wahai putera makasar. Keluar dari perspektif politik sempit kamu dan pandanglah dunia luar yang luas ini. Nescaya kamu berjumpa dengan apa yang dikatakan demokrasi dan faham akan perjalanannya dalam mencorakkan sistem pemerintahan negara.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese