29 September 2010

Skandal MAS: Salahuddin cabar Tajuddin Ramli tuntut tubuh Suruhanjaya Diraja



Bekas pengerusi Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli dicabar menuntut penubuhan Suruhanjaya Diraja berhubung kerugian RM8 bilion yang ditanggung oleh sayrikat pesawat negara itu, jika beliau tiada apa untuk disembunyikan, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub.

“Jika beliau berpendapat bahawa dakwaan ke atasnya berhubung kerugian itu yang dipersalahkan ke atas adalah tidak benar dan beliau tidak terlibat, saya cabarnya membuat kenyataan rasmi menuntut Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi membersihkan namanya.”

Salahuddin sehubungan itu, menggesa pengerusi Jawatankuasa Khas SPRM, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad membuka kertas siasatan berhubung kes itu.

Salahuddin yang juga mengganggotai jawatankuasa khas SPRM itu berikutan tindakan SPRM merujuk aduan eksklusif MAS kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJK), Bukit Aman.

Beliau juga mahu pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid supaya membuka kertas siasatan di bawah kuasa parlimen berhubung skandal MAS itu.

Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS berkata Suruhanjaya Diraja diperlukan dalam kes ini kerana ia membabitkan tiga organisasi berprofail tinggi – Jabatan Penyiasatan Jenayah Perdagangan polis (CCID), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan MAS.

1 comment:

layar said...

Salam,
1.YB balik kubang kerian wei..rakyat dan 'rindu' nak tengok YB..

2.Tubuhla j/k diraja utk siasat banyak kes2 PAS..drp dok mencocok diKL..

3.Ingatla...depan Allah nanti tak dapat bohong apa kerjabuat YB sepanjang jadi ADR Kubang Kerian..

adibeta,
kubang kerian,kel
layarbiru15@gmail.com

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin