06 September 2010

Perebutan Bagi Jawatan Timbalan Presiden, Ahli Parlimen PKR Nyatakan Sokongan Kepada Azmin



20 orang Ahli parlimen PKR hari ini menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Azmin Ali bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR walaupun tuan punya badan sendiri belum menawarkan diri secara terbuka. Anggota majlis pimpinan pusat Kamarul Baharin (Teluk Kemang) berkata, ini kerana Azmin telah melalui pelbagai perit lelah bersama parti itu sejak ditubuhkan selepas gerakan reformasi lebih 10 tahun lalu. Kamarul menambah, sebagai timbalan presiden, Azmin akan mampu berganding baik dengan presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi menguatkan parti. Daripada 24 ahli parlimen, 18 menyatakan sokongan itu bersama dua daripada tiga senator lagi. Antara ahli parlimen yang hadir Zuraida Kamaruddin (Ampang), Johari Abdul (Sungai Petani), S Manikavasagam (Kapar), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya) dan Amran Abdul Gani (Tanah Merah). Manakala 12 lagi Abdullah Sani (Kuala Langat), Fuziah Salleh (Kuantan), Azan Ismail (Indera Mahkota), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Dr Lee Boon Chye (Gopeng), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), Rashid Din (Merbok), Tian Chua (Batu), William Leong (Selayang), R Sivarasa (Subang) dan Ahmad Kasim (Kuala Kedah). Manakala dua senator itu Mustafa Kamal Mohd Yusoff daripada Pulau Pinang dan Zamri Yusof daripada Kedah. Seorang lagi senator PKR Syed Husin Ali yang kini penyandang jawatan Timbalan Presiden. Lima wakil rakyat yang tidak hadir Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) dan anaknya Nurul Izzah (Lembah Pantai), Saifuddin Nasution (Machang), Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak) serta N Gobalakrishnan (Padang Serai).

1 comment:

Anonymous said...

Agak-agaknya ahli PKR yang lain ni telah disuap oleh Azmin untuk sokong beliau jadi timbalan presiden, ahli PKR yang lain pun dungu-dungu belaka main telan je apa yang Azmin cakap. Bukankah Datuk Zaid Ibrahim lebih bagus daripada semua orang yang hendak bertanding untuk jawatan timb. presiden. Untuk menegakkan keadilan bersama-sama kita laungkan slogan ini" Pangkah Zaid, Nyahtongsampahkan Azmin". Allahuakbar.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese