Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Che Hashim Sulaima, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas yang meninggal dunia di Kuala Lumpur, petang ini.
Sambil menyifatkan kematian Allahyarham sebagai suatu kehilangan bagi PAS, Mursyidul PAS itu berkata beliau akan berlepas ke kediaman Adun itu di Gua Musang pada 9 malam ini untuk menziarahi jenazah Adun berkenaan.
Katanya walaupun Che Hashim bukanlah seorang yang banyak pengalaman kerana baru dalam politik, tetapi beliau berjaya membantu perjuangan Islam melalui PAS.
“Saya mendapat tahu mengenai kepulangannya ke rahmatullah selepas asar tadi melalui anggota Exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan, yang berada di hospital ketika itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka di sini hari ini.
Mengenai persiapan PAS dalam menghadapi pilihan raya kecil berikutan kematian ADUN PAS itu, Nik Abdul Aziz berkata parti itu sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang pilihan raya.
Katanya, PAS akan mengadakan mesyuarat berhubung persiapan pilihan kecil DUN itu dalam masa terdekat ini.
Menurutnya, PAS sedaya upaya membantu Che Hashim untuk mendapat rawatan termasuk dua kali di China dan hospital dalam Negara. TMI
1 comment:
Khabarnya lebih 3000 orang menyempurkakan Solat Jenazah untuk beliau..
SUBHANALLAH... Didunia lagi Allah telah menunjukkan tanda-tanda kemuliaan dan kesejahteraan yang akan dikurniakan kepada allahyarham.. semoga Allah mencucuri RahmatNya keatas beliau... inilah keberkatan dan kemuliaan yang di berikan oleh Allah kepada mereka yang IKHLAS berjuang bersama-sama Jemaah yang betul, untuk mendaulatkan Hukum Allah di dalam sistem kehidupan keseluruhannya. Marilah kita mengambil iktibar dari kemuliaan dan darjat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada beliau dan marilah kita bermuhasabah, apakah telah cukup usaha dan sokongan kita untuk bersama-sama menyokong Jemaah yang jelas berjuang berlandaskan Syariat Islam. Atau kita hanya sekadar selesa berada ditakuk lama yang mana telah jelas pilihan kita selama 53 tahun ini adalah pilihan yang sesat. Bukti dan hujah kebenaran berada didepan mata. Apakah kita masih teguh mempertahankan kesesatan itu. Tepuk dada tanya Iman. Hanya Allah Yang Maha Kuasa untuk memberi petunjuk dan hidayahNya kepada mereka yang di pilih. Berdoalah semoga kita tidak termasuk kedalam golongan mereka yang tidak diberi oleh Allah Hidyah dan Taufik untuk berubah kepada sesuatu yang telah terbukti kebenarannya. Dalam ertikata lain tidak mendapat Petunjuk Allah gara-gara kejahilan dan kedegilan kita sendiri. Wallahualam. TAKBIR!!!
AL-FATEHAH...
Post a Comment