27 September 2010

Adun Galas meninggal dunia



Anggota Dewan Undangan Negeri(Adun) Galas, Che Hashim Sulaima meninggal dunia pada jam 4.30 petang hari ini di Hospital Al-Islam, di sini, kata Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.

Beliau meninggal dunia pada usia 48 tahun akibat dari lama menanggung derita melawan kanser tekak yang dihidapinya dan sejak setahun yang lalu beliau sudah dimasukkan ke hospital dan keadaan beliau dilaporkan tidak stabil sejak itu.

Dengan pemergian beliau ke rahmatullah, Speaker Kelantan akan beritahu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa kerusi itu kosong dan mengesyorkan SPR supaya memanggil pilihan raya kecil bagi kawasan tersebut dalam masa 60 hari.

1 comment:

Anonymous said...

TRIBUT KEPADA ALMARHUM YB CHEK HASHIM SULAIMA & JUGA KPD MUJAHID-MUJAHID YANG TELAH GUGUR SEMASA BERJUANG SERTA KELUARGA MEREKA

KAU PERGI JUA

JASAMU,
SEINDAH SERINYA PELANGI NAN INDAH
SEHARUM BUNGA PUTIH HIJAU BERKEMBANG

KHIDMATMU,
MASIH TERBAYANG JELAS DIMATAKU
SEHINGGA TERKENANG DI DALAM DOAKU

SAHABATKU,
TAHUKAH KAU DI DALAM HATIKU INI
TERHIMPUN NYA JUTAAN DOA NAN SUCI

SESUNGGUHNYA,
WALAU HILANG KAU JAUH DARI MATAKU
MUNAJAT KUABADIKAN CITA-CITA MU

chorus:
PEDIHNYA,
HARAPAN YANG SELAMA INI KU GALAS
JATUH BERKECAI JUA BAK DIHEMPAS
NAMUN HASRATMU BUKAN HANYA BERMIMPI

KAU PERGI JUA,
DI KALA PERJUANGAN MU MEMBARA
BELUM SEMPAT KAU CURAHKAN SEMUA
KAU PERGI.... TAK KEMBALI

RAKANKU,
TAHUKAH KAU DI DALAM JIWAKU INI
TERSIMPAN NYA JUTAAN ZIKIR TERPUJI

SEMESTINYA,
PUTRAJAYA MATLAMAT KAU BERSAMAKU
AL FATIHAH KU SEDEKAHKAN UNTUKMU


IKHLAS DARI: ZARIF HASAN

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese