22 September 2010

176 aduan diterima babit pemilihan PKR: Saifuddin



Pemilihan 2010 Bersih Daripada Politik Wang

Daripada 176 aduan yang diterima Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berhubung proses Pemilihan 2010, tidak satu pun yang dikaitkan dengan politik wang bagi tujuan meraih sokongan.

Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail berkata ini adalah amat membanggakan kerana KEADILAN mahu menunjukkan kesungguhannya sebagai parti masa depan melalui tauladan yang baik dengan mengangkat nilai-nilai murni sekali pun sekali pun dalam pemilihan parti."Yang uniknya daripada 176 aduan itu, tidak ada satu pun aduan berkaitan dengan politik wang dan proses beli undi. Aduan yang kita rekodkan itu adalah kosong. Ini mengulangi rekod semasa proses pencalonan tempohari.

"Ini memberikan satu petunjuk bahawa pengalaman yang sedang dilalui oleh KEADILAN selesai pindaan perlembagaan yang memberikan KEADILAN yang memberikan hak satu anggota, satu undi telah menemui jawapan terhadap amalan politik wang yang kita dapati mampu dibendung dan ditangani berasaskan kepada 84 cabang yang telah mengadakan mesyuarat," kata Saifuddin pada sidang media di ibu pejabat parti di Tropicana petang tadi.

Beliau berkata 176 aduan yang diterima telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu aduan berkenaan dengan calon yang bertanding, proses pemilihan dan juga berhubung proses disiplin.

Katanya, bidang kuasa JPP akan memberikan tumpuan ke atas aduan terhadap proses pemilihan di dalam parti.

"Jika sekiranya berlaku pelanggaran, kuasa kepada JPP adalah memberi amaran, membatalkan pencalonan seseorang calon dan membatalkkan kemenangannya jika sekiranya calon yang bertanding menang dan didapati ada bukti yang kukuh.

"Kuasa disiplin pula adalah kuasa jawatankauasa disiplin yang hukuman paling berat adalah pecat keanggotaan, gantung sekian tempoh, amaran keras denda dan seumpamanya.

"Berdasarkan kepada 176 aduan ini, kita meneliti aduan ini setiap hari bagi memastikan bahawa setiap aduan itu ditangani.

Katanya, apabila selesai proses Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC), parti akan memberi ruang kepada semua calon yang layak bertanding untuk menulis ataupun memberikan pengenalan mereka melalui laman web parti.

"Mereka boleh menghantar apa-apa sahaja tulisan dalam 200 hingga 250 patah perkataan yang apabila dibaca oleh anggota parti di bawah mereka dapat mengenali calon berkaitan," katanya.

KEADILAN juga menurutnya sedang dalam perancangan untuk membuka satu pentas forum atau debat kepada calon-calon.

"Kita harap kaedah ini memberi ruang kepada anggota untuk anggota lebih mengenali dan berpeluang berinteraksi dengan anggota lain.

"Jika di sana ada kemungkinan berlaku serangan-serangan dan kritikan peribadi yang dianggap berbaur fitnah dan sebagainya, itu boleh diatasi menerusi forum seumpama ini," ujar beliau lagi.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Agung, Sharifah Shahidah, Pengerusi JPP, Dr Molly Cheah, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Setiausaha Pengelola, Raden Shamsul Kamal. SK

1 comment:

al-brangi Online said...

salam,

mohon dilinkkan ke bloglist tuan/puan atau tukar ke url baru seperti berikut>

http://al-brangionline.blogspot.com kerana blog lama al-brangi kena serang malware.

terima kasih banyak2.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese