28 July 2010

Pengasas ESQ sedia bermuzakarah dengan mufti WP




Kursus ESQ guna Al Quran sebagai panduan – Dr Ary

Pengasas ESQ Leadership Sdn Bhd Dr Ary Ginanjar Agustian hari ini menegaskan kursus ESQ tidak bertentangan dengan ajaran Islam kerana ia menggunakan Al-Quran sebagai panduan dan rujukan.

Menurutnya, pertikaian menyatakan kursus ESQ bertentangan akidah Islam adalah tidak tepat dan hanya andaian untuk menyekat penyampaian motivasi melalui suara hati yang sentiasa mengikuti ajaran Islam.

"Saya ingin menyatakan kepada umum bahawa kursus ini adalah berlandaskan agama Islam kerana rujukan sepenuhnya adalah menggunakan Al-Quran.

"Saya beragama Islam, justeru itu perkara pertama yang saya lakukan adalah mementingkan akidah dan syariat Islam untuk membantu menyampaikan ajaran" katanya dalam satu sidang media di Ampang hari ini.

Beliau berkata, kursus ESQ ini juga tidak mencampurkan agama-agama lain dan kehidupan harian tetapi mengajar peserta untuk memahami ajaran Islam di dalam jiwa.

Harap bertemu Mufti Wilayah

Sementara itu Ketua Panel Syariah ESQ Datuk Mustafa Abdul Rahman yang turut hadir berkata, pihak ESQ masih menunggu untuk mengadakan pertemuan rasmi dengan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi bagi menjelaskan cara keseluruhan kursus tersebut dijalankan.

"Panel syariah ESQ berharap dapat bersemuka dengan Datuk Wan Zahidi untuk mendengar perjelasan mengenai 10 dakwaan yang menjadi pertikaian.

"ESQ berharap media tidak menyalah laporkan lagi mengenai dakwaan pihak ESQ akan menentang fatwa kerana ia akan menyebabkan pertemuan yang dirancang terbatas," jelasnya.

Mustafa berkata, perbincangan dengan Mufti Wilayah itu nanti akan dapat menjernihkan kembali tanggapan umum terhadap kursus ini.

"ESQ masih menunggu keputusan dari Mufti Wilayah dan berharap beliau akan segera memberi maklum balas terhadap permintaan kami," katanya.

Pengurus Besar ESQ Marhaini Yusoff menyatakan, kursus ESQ ini terus mendapat respon menggalakkan walaupun isi modulnya dipertikaikan.

"Peserta yang telah mengikut kursus ini akan memahami apa yang ingin disampaikan untuk dijadikan panduan.

"Saya berharap orang ramai tidak lagi menyalah tafsirkan kursus ESQ ini kerana kami telah memberi penjelasan bahawa kursus ini tidak melanggar sebarang syariat Islam," katanya. - freemalaysiatoday

2 comments:

muslim brothers shah alam said...

Assalamualaikom SEMUA, kalao di benarkn ESQ merayu untuk Fatwa ini di gugurkan ape ade pada kepakaran Tuan Mufti lagi ? hanya gulongan Munafik dan Islam Liberal sahaya yg bersikap hendak berhujah agama.. Dari Hj Taib, Muslim-Brothers.org, Shah Alam

Anonymous said...

he style has lived much longer than its Abercrombie clothing counterparts from the 1980s; it may be because of its relatively abercrombie Jeans inoffensive style or because people just love Abercrombie Pants animals, but it's less frowned upon.Today you can find high quality blanket and sheet Abercrombie Tees sets in a cheetah print. These are common enough that you could even go to a department store and find them, Abercrombie Shorts so you should have no problem finding cheetah printed sheets and blankets if they are what you are looking for. These can be a great accent to a more contemporary home theme Abercrombie Sweaters , though obviously are not great for homes that are more conservatively or classically decorated. Curtains that have this type of pattern are more difficult to come by.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin