
"(Presiden Perancis Nicolas) Sarkozy gagal dalam usahanya membebaskan kompatriotnya melalui operasi yang tidak berjaya dan akhirnya membuka salah satu pintu neraka untuk dirinya, rakyatnya dan bangsanya," kata seorang yang dikenali sebagai ketua AQIM iaitu Abu Musab Abdul-Wadud.
"Sebagai respon segera kepada tindakan Perancis yang tercela itu, kami mengesahkan bahawa kami telah membunuh Germaneau sebagai pembalasan terhadap enam orang saudara kami yang terbunuh dalam operasi tersebut," kata satu rakaman suara yang dikaitkan dengan Abdul-Wadud.
Pihak Presidensi Perancis di Paris berkata pihaknya belum lagi menerima pengesahan berhubung dengan pembunuhan Germaneau, dan sedang berusaha ke arah itu.
Sarkozy telah mengadakan mesyuarat krisis dengan penasihat-penasihat pertahanan dan keselamatannya pada Isnin lepas.
Tentera Mauritania, yang ditunjangi oleh pasukan khas Perancis, telah melancarkan serangan melepasi sempadan terhadap satu markas AQIM di Mali pada hari Khamis dan meneruskan serangan sehingga beberapa hari.
No comments:
Post a Comment