22 July 2010
Peguam Tharmendran tuntut jaminan keselamatan bertulis Menteri
Peguam kepada bekas sarjan TUDM, N Tharmendran pagi ini menyerahkan nota tuntutan kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar memberi jaminan keselamatan kepada anak guamnya.
Ianya ekoran Tharmendran yang dituduh terlibat mencuri dua enjin jet daripada Pangkalan Tentera Udara Subang pada Disember 2007 kini didakwa berdepan ancaman ditahan dan diseksa pihak tentera udara.
"Alasan kami datang kesini untuk menyampaikan nota tuntutan kepada Menteri, berhubung kes bekas sarjan Tahrmendran salah seorang yang dituduh terlibat dengan kehilangan enjit jet dipaksa untuk kembali ke tahanan di penjara Sungai Buloh kerana pihak TUDM cuba menahan beliau.
"Kami datang ke sini untuk mendapat jaminan menteri, supaya Tharmendran tidak diambil," kata N Surendran, peguam mewakili Tharmendran.
Selain Surendran hadir sama sewaktu serahan tuntutan tersebut adalah bapa Tharmendran,N Nagarajah, Ahli-ahli Parlimen Zuraidah Kamaruddin, M Manoharan, S Manikavasagam serta seorang lagi peguam, Latheefa Koya.
Serahan dibuat kepada Penasihat Ketenteraan kepada menteri berkenaan, Brig-Jen Md Dzhahir Abdul Rashid di Kementerian Pertahanan jam 11 pagi tadi.
Antara tuntutan terkandung dalam nota tersebut termasuklah mahu menteri pertahanan mengeluarkan jaminan bertulis terhadap keselamatan Tharmendran daripada ditahan atau campurtangan tentera udara atau agennya.
Mereka juga mahu menteri mengambil tindakan terhadap mereka yang didakwa terlibat "menyeksa" Tharmendran sewaktu ditahan sebelum ini.
Isnin lalu, Tharmendran membatalkan ikatjamin terhadap dirinya selepas Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menolak permohonannya untuk mendapatkan perintah perlindungan.
Beliau memilih untuk kembali ke penjara Sungai Buloh kerana bimbang rakan-rakannya dari TUDM akan menahannya. Hrkh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Should have demanded The Panglima Angkatan Tentera to receive the letter as he was directly responsible as he was the Air Force Chief when Tharmendran was tortured.
Surely we smell rats as to why the CDF and COAF are keeping mum on the issue. A clear abuse of power by the higher up in the Armed Forces. Lets get the Chief and investigate them and if they refused to say anything, just put the helmet on their head and hit them with the golf stick.
DIsgusting!!! Panglima Angkatan Tentera ada apa apa ke? tak Pergi berbercuti ke Dubai!!!
Post a Comment