17 July 2010

Mat Said terpijak tahik di Besut?

Ustaz Saiful Bahri Mamat

Mat Said terpijak tahik di Besut? Ingat cerdik sangat. Rupanya dijerat oleh Idris Jusoh. Ketika lawatan kerja MB Terengganu, Datuk Ahmad Said ke Daerah Besut baru-baru ini, Idris Jusoh telah menghimpunkan dan mengerah semua penyokongnya supaya hadir ke majlis bersama Mat Said. Dikatakan 2,000 orang ramai yang berhimpun. Peringkat awal Mat Said terkejut dan merasa bangga dengan kedatangan orang ramai yang menghadiri program bagi menyambutnya turun ke daerah Besut. Selama ini orang meluat tengok ke Mat Said di Besut. Sehingga tiada gambar Mat Said sebagai MB di Besut tetapi gambar mantan MB masih lagi tertampal megah di pejabat dan di jabatan-jabatan.

Ketika berucap, bukan main lagi Mat Said dengan bangga mengumumkan untuk meneruskan segala projek Di Besut. Di hadapan 2,000 penduduk, beliau mengumumkan akan meneruskan projek pembinaan Lebuh Raya Keruak, Hulu Besut dengan Gunung Bongsu, Hulu Terengganu dengan peruntukan RM500 juta. Beliau juga melawat Jerteh Souq selepas meninjau perkembangan projek pembangunan Universiti Darul Iman dan Taman Ilmu, di Tembila, Besut. Mat Said juga merasmikan majlis pecah tanah membina rumah pangsa di Kuala Besut.

Selepas itu tersebar sms dan gossip bahawa semua yang diumumkan oleh Mat Said itu adalah projek mantan MB, Idris Jusoh. Mat Said jadi Wok Yek saje. Tukang umum projek dan kelulusan dana sahaja. Yang bijak adalah Idris dan kalau segala projek terbengkalai di Besut, Idris boleh lari kepala. Bukan salah dia tetapi salah Mat Said kerana menyekat peruntukan kewangan. >(SINI)

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese